31 July 2010

Entry terakhir utk july...

Lihat di kalender nak tengok tarikh hari ini, rupa-rupanya sudah tiba dihujung bulan tanpa aku sedari. Sungguh cepatnya hari dan waktu berlalu. Pelbagai dugaan dan cabaran telah ku tempuh untuk bulan julai ini.

Apakah dugaan dan cabaran yang akan menanti aku di bulan hadapan. Moga-moga aku tabah menghadapinya nanti. Ermmm bulan hadapan juga semua umat islam akan melaksanakan tugas untuk berpuasa.

Tahun ini, aku nak mengajar anak-anak ku berpuasa... Mampukan aku????


Tunggu



dan



Lihat...


.

.

.

30 July 2010

Hantu Berangin...

Setiap manusia mempunyai sikap yang berbeza-beza. Begitu juga di dalam ahli keluarga aku ia itu adik beradik ku. Ada yang angin, angin kuasa lima dan berantu angin nya. Aku tergolong dalam berangin juga. Tapi dikala lapar huhu...

Tapi kalo berangin tak tentu pasal dan nak mneyentap tak kira masa, memang aku naik hantu. Segala kehendak dia aku ikutkan demi nak menjaga hati dia, disuruh itu dan ini juga aku ikutkan. Kerana sikit punya hal ko nak buang aku......

Okey aku redha jer dan aku juga tau kome perlukan aku dikala kome susah jer. Dikala kome senang aku pun tak nak dekat dengan kome. Jangan riso yer.....

.

.

.

.



Berbisa juga racun "makhluk perosak" tu yer....

.

.

27 July 2010

Tanda-tanda dah tua....

Leganya semua kepenatan telah berakhir...

Kesibukan daku menguruskan majlis perkahwinan adik ipar ku. Wah daku macam tuan rumah plak yer. Bukan aper, ini adalah kenduri pertama untuk keluarga mertua ku. Sebelum ini, anak yang lain berkahwin hanya mengadakan majlis yang cukup simple. Kalau anak lelakinya berkahwin, majlis akan diutamakan dirumah pihak perempuan seperti aku dulu. Pihak lelaki hanya mengadakan kenduri kesyukuran jer. Abaikan cerita kenduri tadi lah.

Dua minggu sebelum kenduri tu, aku diserang sakit pinggang yang teramat. Sampai nak bongkok pun tak boleh. Ia amat merisaukan aku. Apa lagi serang ker klinik lah. Doktor cakap urat pinggang tu bengkak. Beliau sarankan untuk ambik "injection" bagi mempercepatkan ia pulih. Memang ia beransur pulih.

Minggu lepas juga aku dilanda kesibukan di butik. Dengan pakej sauna, facial dan spa. Pinggang aku dilanda sakit semula. Aduhhh... tak leh nak buat kerja lagi nampak nyer. Memandangkan kerja banyak yang menanti, aku ambik keputusan cucuk lagi. Kalo tak tak leh buat keje ler nampak gaya nya.


Waaaaaa..... adakah ini tanda-tanda aku dah tua.. hahaha.. sedar-sedar lah diri tu...

h

a

h

a
.
.
.
.

23 July 2010

Perdagangan Bayi...

Sudah beberapa harini daku terdengar omelan anak-anak ku, mengenai isu bayi atau lebih mudah anak-anak ku panggil "baby".

Ini semua angkara di Taska. Di Taskakan banyak "baby". Jadi anak-anakku memang gemar bermain dengan 'baby' terutama anak daraku. Di taska juga lah wujudnya usik-usik, jika anak-anak ku nak 'baby' minta dengan ibu dan papa. huhuhu bijak.. bijak...

Oleh itu, pagi tadi anakku si Danish dengan spontannya bertanya.. " ibu.. bila ibu nak beli baby... abang teringin nak ada baby lah... " huhuhu... daku hanya mampu senyum jer lah..

Cakap isu beli ni.. dah macam isu semasa yang hangat sekarang ni... teringat plak pada perdagangan orang... hahaha....







psstttt... eh ada ker orang jual 'baby' nak jugak beli hahahaha....

.

.

.

16 July 2010

Pusat Kaunseling

Hari itu aku menghantar danish ke sekolah. Macam biasa aku memang suka menyapa sesapa yang memandang aku. Kebetulan pula, seorang ibu menghantar anaknya.. sekelas dengan danish.



Tiba - tiba......



Dia pandang aku dan aku pula pandang dia. Aku memang pantang ada orang pandang, perasaan malu dan rendah diri mula menyerang. Nak "cover" punya pasal aku tegur dia..


Sihat ker kak? Dia pun menjawap... "macam ni lah kandungannya bermasalah"..... dengan itu bermula lah dia menceritakan kisahnya. Termasuk masalahnya dengan suami. Dan dia terus meluahkan isihatinya padaku dan meminta pendapat.


Tiba - tiba jer aku terfikir....????



kome rase aper????




AKU TERASA NAK BUKA PUSAT KAUNSELING PLAK..... hahahaha...

.
.
.
.

Macam- macam hal dunia...

.


.

10 July 2010

Carrot Cake




Kerajinan ditahap Gaban. Resepi aku perolehi dari Blog seorang yang handal bab memasak ni. Blog En Mat Gebu. Aku memang selalu masuk blog en mat ni untuk mencari ilham nak memasak. So ni lah hasil Carrot Cake dari resepi en mat. Sedap tak terkata lah.. huhuhu
.
.

Brownies




Ha.. cerita pasal makan plak hehehe...
Sempena nak hadiri majlis mini Gathering untuk Batch SPM 2000 SEMAJA..Aku meringankan tulang membuat Brownies ni untuk menjamu kawan-kawan ku makan, setelah hampir 10 tahun tak berjumpa.
.
.
.

Kasih guru hingga terterap...

Wah tajuk entry ku kali ni semacam jer bunyi nya....

Kisah berlaku di Tadika tempat danish menuntut ilmu. Seorang murid perempuan, satu kelas ngan danish telah menunjukkan kepintarannya dan mampu menipu cikgu disekolahnya. Kurang asam budak tu bab nak menipu tak payah sekolah secara automatik terus jadi pandai.

Semasa menghantar danish ke dalam kelas, aku dan budak tu sampai serentak ke dalam kelas. danish telah ku arahankan untuk tapak perhimpunan dan aku sendiri menghantar beg dan bekalannya. Aku lihat budak perempuan tu seperti tak keruan, mencari akal untuk lakukan sesuatu. Aku hanya perhatikan gerak-geri nya. Dan aku jugak telah mengarahkan dia ke tapak perhimpunan. Dan budak tu menurut perintahku.

Sampai di tapak perhimpunan aku masih mahu memerhatikan budak itu. Budak itu telah memberitahu pada cikgu disitu untuk pergi ke tandas. Dan mata aku masih nak tengok dia, langkahnya betul kearah tandas. Tiba-tiba aku lihat budak tu dah tak der. Hatiku terdetik kemana budak tu pergi. Tiba-tiba terdengar seperti bunyi rempuhan.. Hati ku berkata " entah-entah budak tu dah kene rempuh kereta ni" dan terus terdengar bunyi jeritan.

Aku pun segara pergi kearah pagar dan lihat guru yang bertugas menjaga pagar sekolah dah terterap dan budak itu telah didakap oleh kawanku. Rupanya kehilangan budak itu dari pandangan aku, dia pergi kearah bilik guru dan menyorok ditepi..agak-agak "line clear" budak tu meluru kearah pagar utk melarikan diri dari sekolah. Guru bertugas cuba menarik tangan budak tu tapi tak berjaya dan menyebabkan guru tu terterap. Luka usah dikenanglah apabila jatuh dia jalan 'tar".

Kecoh lah sekolah dengan sikap budak itu. Budak tu dibawa ke bilik guru dan guru yang luka tadi telah dibawa ke klinik.
.
.

02 July 2010

BEKU...

Ushhh begitu lama aku tak update blog ku ni...Tup.. tap.. tup.. tap.... dah sebulan rupa nyer...Kepala di tahap BEKU atau aku terlalu sibuk menguruskan masalah dunia..Aku jua tak pasti.. hehehe.. Atas kejadian yang menggemparkan pagi tadi...Membuatkan OTAK ku dah cair semula... heeeeeeyyyyyyyyyyy...... Aper yang terjadi pagi tadi, esok lah daku cerita... Harini masih lagi didalam ZON sibuk...


... C ....

... H ...

... A ...

.... I ...

... Y ...

... O ...

... K ...

..

..

Wake up.... wake up...
waaaaaaaaaa..............................

.

.
.
.
.