16 August 2010

Pembantu bilik mayat...

Sabtu lalu. berita tergempar yang pertama kali agaknya terjadi di daerah aku. Mendapat liputan seluruh Semenanjung. Betapa kejamnya seorang suami menetak isteri dan anaknya. Kebetulan aku berada dibilik mayat dengan urusan menuntut jenazah makcik (Wak) suamiku yang terlantar dihospital selama seminggu.

Jam 8.15 malam aku terima panggilan dari bibik yang menjaga Wak di hospital. Seperti aku tahu ada khabar buruk yang akan disampaikan ini kerana lawatan kami yang terakhir pada jam 6.00 petang mengambarkan Wak telah Tenat. Aku dan suami pulang untuk berbuka dan aku dapat rasakan Wak akan pergi mengadap yang Maha Esa dalam masa terdekat. Benar ia berlaku. Selesai berbuka aku bergegas ke hospital semula untuk menuntut jenazahnya. Ini kerana Wak tidak berkahwin dan tiada waris.

Setelah hampir satu jam menunggu jenazah untuk dibawa ke bilik mayat, aku bertanya pada jururawat mengapa begitu lama untuk dibawa ke bilik mayat. Jururawat mengatakan terdapat kes bunuh di teluk intan yang mahu di 'post mortem' dan harus diuruskan terlebih dahulu. Wah dahsyat tu.... ini lah masa aku nak intai mayat bunuh tu haha...

Sampai dibilik mayat baru aku dapat tahu mengenai kes bunuh tersebut. Rupanya orang melayu, ku fikirkan india ker.. mereka yang suka tetak menetak ni. Aku mengambil kesempatan lah melihat ketika mereka memandikan jenazah si isteri. Memang tidak dinafikan kecederaannya sungguh parah. Hampir seluruh badah penuh dengan kelaran.

Ibu mertuaku menegur 'beraninya kamu tengok' dan aku hanya tersenyum. Kalau nak tahu aku memang teruja nak tengok mayat macam tu, mayat kemalangan ker aku memang berani.
Sambil menunggu ketibaan van jenazah aku mengomel dengan hubby ku. Aku bertanya " bang, universiti mane ader buat kos pembantu bilik mayat yer? rasa nak 'apply' plak. Wakakka... hubby ku punya lah gelak ......

.

.

.

12 August 2010

Becinta....

Wah... dah macam tajuk lagu pejal taher plak yer...

Ni kisah ragam anak-anak di sekolah tadika. Umur 5 dan 6 tahun dah pandai pilih "bulu". Mereka ni sungguh memahami erti 'cinta'. Menyusun kata-kata cinta dengan baik punya.

Balik sekolah zakwan akan bercerita apa yang terjadi di sekolah. Kisah kawan-kawannya yang ada beli buku 'Ben 10' baru lah dan macam -macam la. Tapi aku terkejut zakwan bercerita yang kawan sekelasnya bercakap mengenai cinta. Bila aku tanya zakwan, faham ker maksud cinta tu? zakwan boleh jawap dengan selamber jer... "cinta tu sayang-sayang lah ibu.. macam ibu dan papa tu sayang-sayang"... waaaaaaaaaa

Zakwan bercerita lagi... kawan abang tu.. si zafran dia cakap cinta-cinta dengan ain.. ish.. ishh.. ish.. budak-budak sekarang ni. Ada pula si guru tu plak bercerita, anak murid dikelasnya bercakap perihal cinta juga. Sehinggakan tempat duduk di dalam kelas pun mahu sebelah-sebelah. Bila dipisahkan, anak murid lelaki ini sehinggakan tidak mahu masuk ke dalam kelas.

Hebat sungguh penangan cinta ni dikalangan kanak-kanak tadika yer..


.


.


.


.

10 August 2010

Jumper...



Apakah ini???? cuba lah teka...
Blogku adalah perantaraan untuk gambar sahaja...
Apalah tajuk entry kakak ku berdasarkan gambar diatas..
Huraikan.....

09 August 2010

Salam Ramadhan




Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa....

Puasa.. jangan tak puasa...

Kalau tak puasa...

Tak boleh raya... kata upin dan ipin hehehe..

betul... betul... betul....

.


.

07 August 2010

Gara-gara Petronas Club Prix

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Ewahhh... formal bebeno... ok.. ok.. serius ni.. huhuhu

Kesesakan lalulintas mula melanda dah angkara tu ler.. Petronas.. depa pi buat racing moto kat litar Speedy. Merata jalan dah tutup. Pekan Teluk Intan ni bukan lah besar sangat memandangkan nama pun dah 'teluk'.

Hangin memang tetap ada sebabnya pengunjung mula mencari altenatif untuk mencari parkir kenderaan masing-masing. Maka nya bandar baru adalah tempat yang stategik untuk meletakkan kenderaan. Waaa.... aku nak masuk keje dah lewat kerana tawaf dibandar baru untuk mencari parkir keretaku.

Tawaf punya tawaf, aku mengambil langkah berpatah balik ke rumah untuk menukar kenderaan dari kereta kepada basikal.. hah.. puas hati aku.. huhu.. Jadi kepada pengunjung sekalian.. anda tidak digalakkan menaiki kereta... van... mahu pun lori. Maka naiklah moto atau basikal..






eh.. sesapa ada sampan digalakkan sebab kome tidak akan tempuh 'traffic jem'.. ikut sungai lagi cepat sampai.. cumanya kome kene menapak ler ker jln speedy tu...




waka.. waka..ey.. ey...

.

.

02 August 2010

Gadis Melayu




Calon-calon gadis melayu musim ke-5...


.

.

.



psttt.... gadis ker lagi tu huhuhu

.

.

*** ~ Cewek ~ ***

Petang tadi aku cewek...

Cakap isu - isu sensitif aku cewek...

Tengok isu semasa pun aku cewek....

Selalu kutuk anak - anak aku yang cewek...


...



...



...


Benci aku pada cewek.. sikit-sikit cewek... bosan...







Pssttt... nak tau makna 'CEWEK' kene buka kamus jowo...


iki ngomong jowo..
orak ngereti??? huhuhu....


.

.

Hari Siput Sedunia...

Hey kenapa lah lalu lintas di teluk ni macam siput. Aku dilorong kiri kereta depan macam siput belum sarapan. Masuk ke lorong kanan kereta depan macam siput tak berapa nak sihat. huhuhu...


Aku ni dah ler nak cepat dan tak reti nak bawak kereta macam siput!!!!!.....



Kome plak "drive" kereta selembap nak mati.....



.... TENSEN AKU ....


.
.
.
.
.



hey hangin semacam jer aku harini... ni tanda-tanda nak bocor kot....

..h..

..a..

..h..

..a..

/

/

/

01 August 2010

Ahad Yang Hening..

Dikala hari ahad menjelma, bangun pagi-pagi...

Dengan ketiadaan air pula.....

Punah harapan dikala aturcara telah tersedia...

Kebosanan mula menjelma...

hahaha... hantu betoi ler orang keje L.A.P ni.. kalo nak tutup air tu berkabo ler... nampak gayanya untuk makan tengahari kami sekeluarga makan pizza jer lah....

... H ...

... A ...

... H ...

... A ...

Jadi mat saleh lah arini.. makan hidangan berasaskan roti...


.

.