28 December 2010

Makan.. makan...dan... makan...

Tajuk yang menggerunkan. Makan sesaja.. hey tak takut gumoks ker.. haha... cam biasa lah hari perhimpunan adik-beradik ku. Ni antara yang sempat aku buat... paling hebat adalah 'PAU KEDUT' hahaha.. sungguh tak lawa kuih ku ini... kurang kolegen agaknye..


Bihun Singapore... lambat sampai hehe


Pau Kedut.. amacam.. hehe

.

.

11 December 2010

Menu : Ayam Goreng Rempah ala Pak Engku





Ha.. amcam ada terlioq dak? Tapi memang tak dinafikan memang sedap ayam goreng rempah ni. Cara nak membuatnya pula senang sangat. Rasanya juga terkena dengan tekak anak ku si hero tu. Sampai memuji banyak kali.

Yang mengejutkan adalah, si hero ku itu tak berapa nak makan lauk. Contohnya udang, ayam, ikan dan sebangainya. Dia memang tak berapa pandai nak makan lauk. Peberet dia adalah fish ball, telur, sayur, kuah serta kicap.

Tapi hari ini, tengok dia makan ayam memang ditahap gaban. Agaknya baru timbul keinginan dia nak makan ayam mengenangkan si adik makan lauk sehingga menjilat jari. So layan gambar dulu okey... Zaaasssssss............

Ni resepinya...

Bahan-bahan

1 ekor ayam (potong ikut suka nak 12 ker @ 14)
10 tangkai cili kering*
5 biji bawang merah*
4 biji bawang putih*
2 inci halia*
3 batang serai*
1 inci lengkuas*
3 sudu besar rempah kari danging
1 sudu besar serbuk kunyit
5 tangkai daun kari(4 tangkai utk perap dan baki utk di goreng)
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara :

1. Bersihkan ayam tadi dan toskan
2. Kisarkan semua bahan yang bertanda * hingga lumat. Jangan terlalu byk air ketika mengisar.
3. Masaukkan bahan dikisar tadi dalam besen dan campurkan sekali rempah kari, serbuk kunyit, daun kari dan garam. Gaul sebati.
4. Kemudian masukkan ayam kedalah bahan tadi dan perap selama 2 jam. Lagi lama perap lagi sedap rasanya.
5. Akhir sekali goreng ayam tadi hingga masak. Dan hidangkan

Selamat mencuba....

.

Menu : Bendi Tumis..





Ush.. apsal semua menu aku main tumis jer. Masak lain tak reti ker? haha... aper pun itu jer yang terlintas aku nak buat dan minggu ni tengah 'angin' tumis. Yang ni pun 'peberet' juga. Jom layannnzzz........


.



.



Resepi kemedian letak yer...



.

.

Menu : Udang Tumis Jintan




Ha.. ni resepi turun temurun. Bukan senang nak dapatkan resepi ni, ditahap gaban nak menuntutnya. Ia juga merupakan salah satu 'peberet' saya sebab ada jintan tu lah. Lagi banyak jintan lagi wangi masak udang ni. Kalo tak nak udang, boleh gantikan kepada sotong, ikan dan sebagainya.

Ni resepinya ....

Bahan-bahan.

500g udang
3 Sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar **
2 inci halia**
2 batang serai**
1 sudu kecil serbuk kunyit**
2 sudu makan jintan manis (rendam dan tumbok sedikit) **
1 biji kelapa
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara-cara.

1. Bersihkan udang dan toskan
2. Kisar bahan yang bertanda ** hingga halus. dan panaskan minyak utk menumis.
3. Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang serta disusuli dengan bahan kisar serta cili kisar tadi. Tumis mingga naik minyak.
4. Kemudian kisar kelapa dan tuang kedalam kuali bersama hampas kelapa tadi. Gaul hingga sebati.
5. Seterusnya masukkan udang dan gaul lagi hingga udang masak. Masuk kan garam dan gula secukup rasa. Dan Hidangkan.

Selamat mencuba yer...

.

08 December 2010

On The Way...

Salam sejahtera diucapkan pada kalian semua. Wah.. permulaan ditahap maut haha... Tadi aku terserempak dengan kawan-kawan abang aku yang sorang ni, agak kerap jugak bertembung lah. Dia adalah kawan kepada abang chik aku. Oleh kerana Abang Chik ni glamour di sekolah, aku jugak turun tak sengaja jadi galamour. Okey sebenarnya dalam keluarga aku ada enam orang adik-beradik. Senang aku buat senarai lah yer...

1. Kakak aku Tas... status : Berkahwin
2. Abang Ngah aku... status : Baru kahwin
3. Abang chik aku ... status : tak kawin-kawin...
4. Aku lah .......... status : Berkahwin
5. Dak ibob ........ status : x kahwin lagi
6. Adik bongsu ...... status : dah main cop-cop...

Bila terserempak jer ngan kawan Abang chik aku ni, mesti dia tanya soalan yang sama dengan aku. Soalan cepu emas yang ditanya " eh, abang chik bila nak kahwin". Dengan selamba aku menjawap ... " on the way lah tu". dia hanya senyum dan dia pesan sampaikan salam.

Kalo tak silap aku, tadi pertemuan aku dengan kawan Abang chik tu kali yang ke 5 dan dia masih bertanya soalan yang sama dan aku memberi jawapan yang sama. Tapi hari ini dia seolah tak boleh terima jawapan ku itu. hahaha... dia bersuara " aik.. asyik on the way jer... bila nak sampai.." aku pula hanya tersenyum hahaha...

Waa... pening aku dengan soalan cepumasnya itu.

.

.

.

07 December 2010

Rumah Penjajah..





Sekarang ni timbul pula minat nak menghias rumah. Macam-macam kan nafsu orang perempuan ni. Tapi minat aku lebih kepada "English Style" . Rupanya nak mendeco rumah 'setail' penjajah ni modalnya besar juga. Oleh kerana dah minat, aku akur juga. Selagi boleh ku cari penjual yang berniaga dengan harga berpatutan akan ku dulukan haha... Jangan marah yer... itu hak aku sebagai pembeli huhu...

Jadi layan lah gambar-gambar diatas tu yer... tapi itu bukan rumah aku.. rumah sapa pun tak tau lah aku cari melalui en.Google tadi... Gambar rumah aku dalam proses mendeco haha.... tahap gaban punya... huhu


.


.


Layaaaannnnzzzzzzzzz............

.

02 December 2010

Siapa cepat dia dapat... boleh tak gitu????

Hari ini memang paling kelakar sangat. Tak pernah-pernah di pekan kecil macam ni berebut Parkir. Tapi sesungguhnya memang aku tak tau, pakcik india tu telah menunggu untuk parkir di petak itu.

Aku memang nampak kereta 'matsedih' tu berhenti di untuk parkir keretanya tetapi aku tidak menyangka dipetak yang sama. Ini kerana jarak untuk menunggu tu agak jauh, maka aku tidak terfikir pun 'uncle' tu nak parkir keretanya disitu.

Bila aku dah masuk ke parkir tersebut, aku dengar bunyi hon kereta. Aku fikirkan ada hal-hal lain yang menyebabkan mereka bermain dengan hon. Dan aku toleh kebelakang rupanua kereta 'uncle' tu hon aku, sebab dia tak bagi aku parkir disitu. Rasa macam berebut parkir plak. Hakikatnya aku memang tak sengaja nak parkir disitu.

Uncle... sapa cepat dia dapat lah hehe.. boleh tak dia terima hakikat dengan ayat sengal aku tu... mahu di hambatnya aku hehe...

Apa pun jadi, sesungguhnya aku memang tak sengaja okey uncle.. ampunkan daku haha...

.

.