17 February 2011

Kek Gula Hangus hampir terhangus....





Ini adalah kek yang ingin aku cuba dari dulu
Tapi masih belum ada keyakinan nak buat...
Kalau tak yakin... jangan ler sesekali nak buat..
Sebabnya mesti tak jadi....(bagi diriku)
Kek ni aku buat 2 hari lepas....
Dengan yakinnya semperna Cuti Maulidurrasul..

Bila kek dah masuk dalam oven...
aku terus buat hal lain termasuk ngadap "muka buku"..
Biasanya kek ni akan masak dalam masa 1 jam
Leka punya leka tiba-tiba ada bau...
Teringat kek dalam oven dan tengok jam..
waaaa....... dah 1 jam 15 minit berlalu..

.

.

Habis hangus lah kek gula hangus.... cepat2 bukak oven..
Mujur tak berapa nak hangus...
Makanya kene letak Menara condong lah kat belakang rumah...
setiap 15minit dia berbunyi...
mesti tak terleka....


.


.

Birthday @ meminang....






Raikan 'birthday' Chu La....
Meriah dah macam majlis meminang..
Dapat hadiah cincin dari Ayah Ngah...(utk ank2 aku)
Eh silap... Abang Ngah...
huhuhu..... dah tuaaaa...........
Dah pandai nak melaram...
Welcome to gedik's club..
hahahaha....

.

Kecil. kecil. cili. padi..........

Minggu lepas aku pi ke sebuah "hypermarket" berdekatan rumah
Tujuan untuk memebeli barang rumah yang dah habis
Pergi ke bahagian pasar basah.... beli ikan dan ayam
Kemuadian ke bahagian sayuran
Lalu bahagian cili dan bawang

Sambil memilih bawang dan disusuli ke bahagian cili
Tiba-tiba nampak seorang anak kecil yang duduk dalam troli..
Leka bermain cili padi... ibunya??
memilih bawang yang selang 5 petak kehadapan
aku hanya lihat dan ternampak budak itu sedang mengunyah cili padi...

Ibunya sampai... dan aku ternganga...
Dan ibunya melihat aku yang buat muka terkezut
Serta dengan selamba.. ibunya berkata' memang macam tu dia dah biasa'...
wah.. tak pedas ker...


.


.


ada potensi kena buasir budak tu hahahha......


.


ganaszzz

.

09 February 2011

Dayung....mendayung...

3 minggu lalu...

Sejak dah ada aktiviti baru, lepas balik 'joging' di petang hari, aku akan balik terus kerumah. Kebetulan pula hari Sabtu ada pasar malam. Aku pun serbu sebab dah penat joging malas nak masak haha.. ala sehari jer cuti dok dapur kan..

Sambung balik cerita, sambil menjelajah di pasar malam, terjumpa seorang kurang upaya. Keadaan dia agak daif juga, rasanya dia tak boleh berjalan kerana nampak dia duduk diatas 'sketboard' dan ada tapis didepannya untuk orang ramai meletakkan wang.

Aku memang tak meletakkan wang kerana aku was-was. Maka ia akan jadi tidak ikhlas.



Minggu lepas...

Selepas hadiri majlis perkahwinan seorang sabahat 'en husband', aku rancang nak bawak anak-anak pegi Teluk Batik. Pegi terjun laut. Dan selesai terjun laut, kami menyinggah ke pasar malam di Gaint Manjung.

Sambil menjelajah aku ternampak pakcik kurang upaya yang berada di pasar malam Teluk Intan. Kaget juga bagaimana boleh sampai ke Manjung ni. Adakah dia mendayung 'sketboard' nya sampai ke Manjung?

mula lah aku berfikir...

.

.

.

Naik bas gamaknya... tapi macam mana dia nak naik tangga bas??

.

.


Sindiket ker???

.

.