30 September 2011

Ragam Disaat Akhir.....


Sumber dari en google


Ini bukan iklan produk yer
Hahaha...
Ini nak menceritakan ragam pelik orang mengandung
Punya lah 8 bulan yang lalu
Gua memang tidak alami sebarang alahan
Morning Sickness segala pun tak wujud
Sungguh bertuah kali ini

Dikala kandungan mencecah 36 minggu
Perubahan berlaku
Dari tidak ada ragam
Terus meragam... hahaha
Terasa ketagihan mengelubungi diri
Gua ketagih menghidu dua benda tu
Rasanya tenang sekali bila dapat cium
Macam ketagih gam pulak

Pewangi Glade tu..
Gua suka bau Lavendar
Ala-ala bau jantan gitu
waaaaaaa........... longlai
Hey macam-macam ragam lah yer...




tet.....

.

18 September 2011

Tik Tok Tik Tok......

Menghitung hari
Detik demi detik
Tik tok tik tok
Jam didinding berdetik
Hahaha...

Sebenarnya nak cerita nie..
Minggu lepas baru lepas jumpa pakar di O&G klinik
Bila kandungan mencecah 34 minggu
Mereka akan bagi tarikh bila aku kene masuk Wad
Hadoi.... semput setengah hari dok merewang kat hospital
Kene jumpa Pakar Bius pulak
Pilih bius mana yang kita kene ambil
Dan penerangan sekali
Aku memang ditakdirkan kene 'operation'
Ni merupakan kali 3 aku akan di 'potong'
Perasaan takut tu tetap ada
Mane tak nyer terasa pisau yang nipis tu....
Bikin gua gerun kembali...
Tapi gua sempat 'sound' pakar bius itu..
Jika peristiwa 2005 tu berlalu lagi..
Gua akan sama lu... pakar bius..
Itu bermakna lu bukan pakar sangat...
Hahaha..... senyum pakar bius tu....

Berapa tarikh yang aku dapat??
Tunggu N3 mendatang hahahahha....
Rasa nak pi mati jer
Bila dapat tarikh nak kene potong...
waaaaaaaaa................
Nak lari tak boleh
Dah tak lalu nak bawa perut haha



grrrrrr........... serammmmmmm



tet..

16 September 2011

18 Syawal....

Sekejap jer masa berlalukan
Hari ini dah 18 syawal
Dan hari ini baru aku dapat nikmat Hari Raya
Tetiba wujud kerana beberapa hal dalam hidup aku dah selesai
Tetapi masih ada beberapa hal yang masih tertangguh...

Mungkin kerana semalam selesai puasa sunat
Hari ni terasa macam Raya Aidilfitri yang pertama pula
Punya semangat aku memasak
Diantaranya:
  • Lontong
  • Nasi Impit
  • Sambal Sotong kering
  • Rendang Daging
  • Puding Jagung
  • Lemang..... arini pakcik tu tak niaga pulak
Gambar tak payah letak lah yer
Menu nyer semua orang pernah makan
Hahahaha... udah penat masak
Malas nak ambil gambar....
Wakakkaka......



tet....


.

10 September 2011

Gua Hangin

Raya tahun ni paling bosan

Tiada wujud kemeriahan dalam jiwa aku

Banyak konflik yang berlaku

Ditambah dengan virus menyerang

Kegatalan dan kemerahan menjelma

Buat aku serabut


.

.


.



Benci aku...

.

07 September 2011

Sweet September..

Perghhh............
Tajuk gempak jer
Saje buat gempak bukan ada yang menarik pun
Kah kah kah
Paseynye bulan september ni belum ada N3
Makanya wujudlah N3 bangang macam ni

Sebenarnya ada lah beberapa cerita
Tetapi terasa tak sesuai nak jadi bahan plak
Ditambah plak aku diserang cerry berry..
Tetiba sentap hilang mood....
mm hampeh.......





. zassssssssssssss


.