28 October 2011

Gini gaya pun ada...??

Setelah hari-hari mengulang ke klinik
Kerana nak check tahap kuning cik gadis ku itu
Semalam hari ke 16 bacaannya adalah 10.6
Mengikut prosedur kuning berpanjangan
Kene refer ke Pakar Kanak-kanak
Macam-macam hal sekarang ni kan....
Tak kira golongan darah ibu
Bayi baru lahir semua akan diserang demam kuning

Pagi tadi pergi ke Pakar Kanak-kanak
Setelah diperiksa semua bahagian badan bayi
Kena ambil sample darah dan air kencing bayi
Apa ambil air kencing?
Aku berfikir macam mana gayanya..
Adakah seperti orang dewasa dipaksa kencing
Seperti kisah Kakak ku di TasekM hahaha
Agak teruja aku nak tengok...

Setelah dibuka diaper
Nasuha dibawa ke singki dan cuci aper yang patut
Kemudian disuruhnya kencing... sshhhhhh.... sshhhhh....
Ditiup-tiup pada kemaluannya.... sshhhhh sshhhhh kata nurse tu
Boleh pula budak ni kencing... hahaha
Bila dah kencing cepat-cepat nurse tu tadah air kencing tersebut
Dan masukkan dalam botol yang disediakan
Punyalah senang.... berapa lama agaknya nurse tu praktis yer..
Macam ni punya cara pun boleh digunakan yer
Aduss.. macam-macam hal kan.... ketawa aku tau
Kakak ku Tas.. apa kata kamu menggunakan kaedah itu
Mana tahukan kene dipaksa kencing lagi...
Grrrr......




tet...


.

27 October 2011

Cik Gadis ke 2








Memperkenalkan ahli baru. Diberi nama NUR DARWISYAH NASUHA. Lahir pada 11/10/11 jam 10:38 am seberat 3.46kg...




tet......


.

23 October 2011

Lain dicari.. Lain dijumpai

Sambil menunggu Cik gadis tu
Yang dapat tidur
Memang tak henggat
Menyusu pun kene bangunkan
Sambil menggoogle resepi
Konon mencari resepi Tiramisu Kek
Pergh.. dalam pantang
Ada hati nak makan sedap-sedap
Punya lah mencari resepi
Tiba-tiba ternampak blog Pn.Anonsuria
Terbaca kisah menarik.. perghh tersentuh jiwa beb
Tambah pulak baru lepas bersalin ni
Emosi dan hormon juga belum stabil
Nangis gua baca cerita yang ditulis....
Ada beberapa keping gambar yang cukup bermakna
Sama-samalah kita sedekah Al-Fatihah untuk Baby Iman....






.
sob sob sob...


.

19 October 2011

Keturunan Kebal...

Yuhuuuuuuuu............
Lama dah tak update blog
Almaklum lah lepas keluar hospital
Kene jalani proses menstabilkan diri
Dek kerana terlebih dos ubat bius...

Ha bila cerita pasal ubat bius ni
Entah kenapalah dengan badan gua ni
Memang tiada keserasian langsung
Atau memang keluarga gua ni ada keturunan kebal
Kalau bius setakat separuh-separuh ni memang tak layan

Dalam bilik bedah tu
Deme nak tumbangkan gua ambil masa hampir 45minit
Tu lah sebabnya gua lama dalam bilik bedah
Setakat nak belah keluarkan baby tu
Ambil masa lebih kurang 30minit dah siap jahit

Punyalah Pakar bius tu berpeluh nak bius gua
Eh layak ker panggil pakar ha??
Hampir 18 kali cucuk kat tulang belakang tu
Gua tak rasa apa pun.. kaki gua boleh gerak2 lagi
Sampai tahap gua minta bius umum
Gila kene cucuk banyak kali siapa tahan

Akhirnya pakar tu mengalah
Siap tepon bos besar lagi tanya
Macam mana nak buat dgn gua ni
Bos besar pun menurunkan arahan
Kasi gua bius umum (penuh)
Tewas akhirnya gua....
Sedar-sedar ditamparnya gua
Hampeh betol.....







nota kaki : overdos punya pasal gua muntah2, pening2 dan batok.... huhuhu.... tobat tak mau beranak lagi .. : ( ....

09 October 2011

Check In...

Hah.. arini tarikhnya dah tiba
Kene check-in hotel untuk seminggu
Berdebar pun ada...
Tak sabar pun ada...
Sepatutnya kene masuk jam 10 pagi
Tapi aku masih lepak update blog
wakakakaka
Aje pakat nak kene maki ngan doktor gamaknya

Barang semua sudak ku susun
Tetapi tak kemas masuk dalam beg lagi
Adus punya lah liat
Kalo kata nak pergi bercuti
Laju jer mengemas beg kan

Oklah kene mengemas juga
Rumah semua dah siap kemas
Keperluan jer yang tak siap lagi..
Doakan aku yer kawan-kawan
Semoga semuanya selamat
Aminn....


.

03 October 2011

Jatuh Hukum

Minggu-minggu terakhir
Mempersiapkan diri
Memperbanyakkan amalan
Memperhebatkan doa-doa
Agar diampunkan segala dosa-dosaku
Dipermudahkan segala urusanku

Juga mempersiapkan beg
Kelengkapan untuk si dia
Diriku juga
Kawal pengambilan gula
Jaga pemakanan yang sihat-sihat belaka

Gua telah dijatuhkan hukum
Tanggal 11/10/11
Gua akan dipotong.....
waaaaaaaaaaaaaa.................
Macam nak pi mati jer eh....
Riso juga beb.. walaupun 3 kali masuk OT ROOM
Hadoiiii semputtttttt

Kawan-kawan doakan aku semua selamat yer
Ampunkan segala dosa-dosa aku
Jika terkasar bahasa ngan kome semua...

.


.