15 August 2012

Tirai Ramadhan...

Assalamualaikum......

Hari ini sudah 26 ramadhan...
Ini bermakna Ramadhan akan melabuhkan tirai lagi beberapa hari....
Dan menjelmalah bulan Syawal...
Semua umat islam akan menyambut Hari Raya..
Bila bercakap soal raya mesti dah terfikir macam-macam persiapankan..
Ha.. macam mana anda semua dah siap meghias rumah...
Sudah ambil baju raya dari tukang jahit...
Baju dan kasut raya anak-anak sudah beli....
Mesti ada yang rasa tak cukup masa nak buat persiapan...

Tapi saya sehingga hari ini apa pun tak buat lagi..
Rumah belum kemas..
Baju raya tak ambil lagi dari butik...
Agaknya belum lagi dapat "mood" raya....


adus.. tensen teman...




hahahaha...


.

08 August 2012

Makin Betah....


Alhamdulillah kini sudah 19 Ramadhan..
Sekejap sahaja masa berlalu..
Erm tahun ni anak-anak sudah mula belajar berpuasa
Yang sulung Danish 7 tahun
Yang kedua pula Nabihah 5 tahun
Konon nak ajar mereka puasa setengah hari
Untuk peringkat permulaan...
Tetapi... tahanlah pulak hahaha

Adatlah karenah anak-anak dibulan puasa mesti ada..
Asyik bertanya jam dah pukul berapa..
Sebelum ni tak kisah pada waktu...
Dan saat hampir berbuka tu lah
Nak merengek-rengek dah tak tahan...
Berjam-jam lamanya nampak 'cool' jer
Setengah jam terakhir tu punya seksa...

Semalam baru aku terperasan..
Anak-anak dah nampak kuruslah...
Hahaha...
Ibu yang kejam.....


tet....

07 August 2012

Muhasabah Diri...

Assalamualaikum sahabat...

Begitu lama tak "update" blog...
Masaku agak terbatas..
Dengan rutin harian dan kerjaya..
Sengaja menyembunyikan diri sambil Muhasabah diri
Melarikan diri dari berdepan dengan karenah manusia..
Tahun ini berdepan dengan bermacam dugaan
Menjalani dengan tabah dan redha...
Dengan lebih mendekatkan diri pada Yang Maha Esa..
Agar mendapatkan ketenangan jiwa....

Hari ini aku lagi diuji...
Aku cuba mengeraskan hati terima semuanya dengan redha...
Aku tak mahu menangis lagi..
Dan sudah penat aku menangis
Cuba mengeraskan hati sekeras-kerasnya..
Agar aku lebih redha dan terus redha...

Dengan ini aku putuskan..
Pedulikan apa orang nak kata
Hidup mesti diteruskan seperti biasa
Biarlah hanya jiwa raga yang tahu
Biarkan hanya jiwa yang terasa pedih dan perit..
Biarkan saja jiwa yang merintis...
Dimuka hanya pancarkan senyuman
Disebalik senyuman yang menyimpan 1001 rasa...

Aku hanya senyum dan terus tersenyum....


.
.
.