28 December 2010

Makan.. makan...dan... makan...

Tajuk yang menggerunkan. Makan sesaja.. hey tak takut gumoks ker.. haha... cam biasa lah hari perhimpunan adik-beradik ku. Ni antara yang sempat aku buat... paling hebat adalah 'PAU KEDUT' hahaha.. sungguh tak lawa kuih ku ini... kurang kolegen agaknye..


Bihun Singapore... lambat sampai hehe


Pau Kedut.. amacam.. hehe

.

.

11 December 2010

Menu : Ayam Goreng Rempah ala Pak Engku





Ha.. amcam ada terlioq dak? Tapi memang tak dinafikan memang sedap ayam goreng rempah ni. Cara nak membuatnya pula senang sangat. Rasanya juga terkena dengan tekak anak ku si hero tu. Sampai memuji banyak kali.

Yang mengejutkan adalah, si hero ku itu tak berapa nak makan lauk. Contohnya udang, ayam, ikan dan sebangainya. Dia memang tak berapa pandai nak makan lauk. Peberet dia adalah fish ball, telur, sayur, kuah serta kicap.

Tapi hari ini, tengok dia makan ayam memang ditahap gaban. Agaknya baru timbul keinginan dia nak makan ayam mengenangkan si adik makan lauk sehingga menjilat jari. So layan gambar dulu okey... Zaaasssssss............

Ni resepinya...

Bahan-bahan

1 ekor ayam (potong ikut suka nak 12 ker @ 14)
10 tangkai cili kering*
5 biji bawang merah*
4 biji bawang putih*
2 inci halia*
3 batang serai*
1 inci lengkuas*
3 sudu besar rempah kari danging
1 sudu besar serbuk kunyit
5 tangkai daun kari(4 tangkai utk perap dan baki utk di goreng)
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng

Cara-cara :

1. Bersihkan ayam tadi dan toskan
2. Kisarkan semua bahan yang bertanda * hingga lumat. Jangan terlalu byk air ketika mengisar.
3. Masaukkan bahan dikisar tadi dalam besen dan campurkan sekali rempah kari, serbuk kunyit, daun kari dan garam. Gaul sebati.
4. Kemudian masukkan ayam kedalah bahan tadi dan perap selama 2 jam. Lagi lama perap lagi sedap rasanya.
5. Akhir sekali goreng ayam tadi hingga masak. Dan hidangkan

Selamat mencuba....

.

Menu : Bendi Tumis..





Ush.. apsal semua menu aku main tumis jer. Masak lain tak reti ker? haha... aper pun itu jer yang terlintas aku nak buat dan minggu ni tengah 'angin' tumis. Yang ni pun 'peberet' juga. Jom layannnzzz........


.



.



Resepi kemedian letak yer...



.

.

Menu : Udang Tumis Jintan




Ha.. ni resepi turun temurun. Bukan senang nak dapatkan resepi ni, ditahap gaban nak menuntutnya. Ia juga merupakan salah satu 'peberet' saya sebab ada jintan tu lah. Lagi banyak jintan lagi wangi masak udang ni. Kalo tak nak udang, boleh gantikan kepada sotong, ikan dan sebagainya.

Ni resepinya ....

Bahan-bahan.

500g udang
3 Sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar **
2 inci halia**
2 batang serai**
1 sudu kecil serbuk kunyit**
2 sudu makan jintan manis (rendam dan tumbok sedikit) **
1 biji kelapa
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara-cara.

1. Bersihkan udang dan toskan
2. Kisar bahan yang bertanda ** hingga halus. dan panaskan minyak utk menumis.
3. Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang serta disusuli dengan bahan kisar serta cili kisar tadi. Tumis mingga naik minyak.
4. Kemudian kisar kelapa dan tuang kedalam kuali bersama hampas kelapa tadi. Gaul hingga sebati.
5. Seterusnya masukkan udang dan gaul lagi hingga udang masak. Masuk kan garam dan gula secukup rasa. Dan Hidangkan.

Selamat mencuba yer...

.

08 December 2010

On The Way...

Salam sejahtera diucapkan pada kalian semua. Wah.. permulaan ditahap maut haha... Tadi aku terserempak dengan kawan-kawan abang aku yang sorang ni, agak kerap jugak bertembung lah. Dia adalah kawan kepada abang chik aku. Oleh kerana Abang Chik ni glamour di sekolah, aku jugak turun tak sengaja jadi galamour. Okey sebenarnya dalam keluarga aku ada enam orang adik-beradik. Senang aku buat senarai lah yer...

1. Kakak aku Tas... status : Berkahwin
2. Abang Ngah aku... status : Baru kahwin
3. Abang chik aku ... status : tak kawin-kawin...
4. Aku lah .......... status : Berkahwin
5. Dak ibob ........ status : x kahwin lagi
6. Adik bongsu ...... status : dah main cop-cop...

Bila terserempak jer ngan kawan Abang chik aku ni, mesti dia tanya soalan yang sama dengan aku. Soalan cepu emas yang ditanya " eh, abang chik bila nak kahwin". Dengan selamba aku menjawap ... " on the way lah tu". dia hanya senyum dan dia pesan sampaikan salam.

Kalo tak silap aku, tadi pertemuan aku dengan kawan Abang chik tu kali yang ke 5 dan dia masih bertanya soalan yang sama dan aku memberi jawapan yang sama. Tapi hari ini dia seolah tak boleh terima jawapan ku itu. hahaha... dia bersuara " aik.. asyik on the way jer... bila nak sampai.." aku pula hanya tersenyum hahaha...

Waa... pening aku dengan soalan cepumasnya itu.

.

.

.

07 December 2010

Rumah Penjajah..





Sekarang ni timbul pula minat nak menghias rumah. Macam-macam kan nafsu orang perempuan ni. Tapi minat aku lebih kepada "English Style" . Rupanya nak mendeco rumah 'setail' penjajah ni modalnya besar juga. Oleh kerana dah minat, aku akur juga. Selagi boleh ku cari penjual yang berniaga dengan harga berpatutan akan ku dulukan haha... Jangan marah yer... itu hak aku sebagai pembeli huhu...

Jadi layan lah gambar-gambar diatas tu yer... tapi itu bukan rumah aku.. rumah sapa pun tak tau lah aku cari melalui en.Google tadi... Gambar rumah aku dalam proses mendeco haha.... tahap gaban punya... huhu


.


.


Layaaaannnnzzzzzzzzz............

.

02 December 2010

Siapa cepat dia dapat... boleh tak gitu????

Hari ini memang paling kelakar sangat. Tak pernah-pernah di pekan kecil macam ni berebut Parkir. Tapi sesungguhnya memang aku tak tau, pakcik india tu telah menunggu untuk parkir di petak itu.

Aku memang nampak kereta 'matsedih' tu berhenti di untuk parkir keretanya tetapi aku tidak menyangka dipetak yang sama. Ini kerana jarak untuk menunggu tu agak jauh, maka aku tidak terfikir pun 'uncle' tu nak parkir keretanya disitu.

Bila aku dah masuk ke parkir tersebut, aku dengar bunyi hon kereta. Aku fikirkan ada hal-hal lain yang menyebabkan mereka bermain dengan hon. Dan aku toleh kebelakang rupanua kereta 'uncle' tu hon aku, sebab dia tak bagi aku parkir disitu. Rasa macam berebut parkir plak. Hakikatnya aku memang tak sengaja nak parkir disitu.

Uncle... sapa cepat dia dapat lah hehe.. boleh tak dia terima hakikat dengan ayat sengal aku tu... mahu di hambatnya aku hehe...

Apa pun jadi, sesungguhnya aku memang tak sengaja okey uncle.. ampunkan daku haha...

.

.

30 November 2010

Kasi Potong.. potong...

Dalam sedar dan tidak sedar cuti sekolah pun tinggal sebulan jer lagi. Bila sebut musin cuti sekolah datang lah pelbagai musim. Diantaranya musin orang kahwin dan juga musim budak0budak bersunat.. wa... kasi potong.. potong.. potong....

Kebetulan minggu lepas aku pergi ke klinik panel untuk merawat penyakit yang telah lama ku tinggalkan. dah tua bangka macam ni wujud semula pulak. Sementara menunggu giliran, sorah demi sorang budak keluar dari bilik doktor tu. Mula-mula keluar budak tu senyum jer, yang kedua pula dah menangis pulak dan ketiga juga begitu sampai tak boleh nak berjalan.

Dan ank ku si Danish pun bertanya.. dan bermula dialog anak dan papa...

Danish : papa, kenapa abang tu nangis....

Papa : abang tu sunat...

Danish : sunat tu apa papa..

Papa : kasi potong lah noney nye...

Danish : ala... abang tak nak sunat yer papa...

Ibu : mane boleh.. orang lelaki wajib sunat... (aku penyampuk) kalo tak sunat.. tak boleh kawin...

Danish : abang tak nak kawin ibu...


wakakaka.... bertuah punya anak.. papa hanya mampu tersenyum jer...

.

.

25 November 2010

Entry Khas Utk Tas...




Entry khas untuk kakak ku si TAS.....

Saje nak kongsi kemeriahan sambutan 'suprise" birthday mak baru-baru ni... Pelbagai alasan ku berikan nak mengelakkan mak balik ker rumah (mak di rumah yang). Sampai mak membebel.... " mane ker erin ni... tak nak ambik aku ker...." haha...

Baik punya plan ngan nabilah, nek dan yang. huhu Ni ader beberapa gambar nak share ngan ko.. semua turun nak meriahkan bday mak nie... bakal2 ipar pun turun jugak. Meriah lah... tapi kalo ko ader mesti meriah giler... huhuhu



.


.


.

27 October 2010

Tas Vs Teh

Aktiviti membocorkan rahsia (mati aku kene pancung dengan kakak aku)
Jenuh nak ambik gambar berdua asyik tak jadi jer..
Dan akhirnya berjaya juga diambil...
Sama ker???


MASA KEMUNCULAN DAH TAMAT hehhehe....
.


.



.


.

Menu Mamak....

Selepas sekeluarga demam dan masalah yang timbul adalah hilang selera makan. Jika aku dan suami hilang selera makan, jiwa aku tak berapa nak serabut sangat. Tapi bila anak-anak aku hilang selera makan, aku runsing dan buntu kerana mereka tak mahu makan langsung. Hanya minum air sahaja.

Mula lah aku memikat selera mereka untuk makan. Makanan yang aku tak galakkan pun mula jadi bahan promosi aku. Di tanya makan McD.. tak nak.. KFC.. juga tak nak. Semua makan kegemaran meraka tak nak.

Naik meroyan lah bila mereka tak nak makan. Aku mula memancing dengan 'MAGGI' ... ya.. memang tak elok untuk kanak-kanak tapi kerana untuk mewujudkan selera makan.. akhirnya aku akur. Dan aku berjaya membuka selera makannya walaupun sedikit.

Hari ini anak aku Zakwan meminta nak makan kat kedai Mamak. Dia nak makan ayam goreng berempah dengan kari ikan. Wah.. wah... tak kisah lah janji mahu makan. Yang tak sanggupnya... 'ibu.. sok pagi pi sekolah abang nak bawak bekal nasi macam tadi yer.. sedap lah abang suka' kata zakwan.

Sudah mane aku nak cari kari ikan pepagi hari ni.... alahai anak...

.


.

Teka- tekuk....

Setelah selesai segala kesibukan yang melanda, aku sekeluarga tumbang dilanda virus demam yang amat hebat. Tak pernah kami dilanda demam secara serentak. Mungkin kerana terlalu penat dan perubahan cuaca yang mendadak.

Eh... yer ker tapi ada sorang makcik tu cakap demam sebab lain. Adakah tanda-tanda aku nak mengandung lagi hehe.. tapi bila dipikir balik tak kan sampai anak-anak aku pun kene tempiasnya. Kalau suami aku.. tu adatlah. Aku yang mengandung, dia yang muntah-muntah hahaha... hebat tak... ushhh... bukan.. tekaan makcik tu tak berapa nak tepat.

Dan ada makcik tu cakap, lepas kenduri ni nanti ada bende yang tak elok jadi ni. Kome hati-hati lah yer. Main teka-teki plak makcik ni. Kalo rasa nak cakap bagitau lah, kiasan plak. Aku ni tak reti nak nak main teka-tekuk.

Kebetulan plak memang lepas kenduri perkahwinan abang aku, kami demam sekeluarga dan disusuli beberapa kejadian susulan berlaku. Macam gempa bumi pulak yer... ada gegaran susulan.

Sebenarnya apa yang berlaku hanyalah kebetulan dan suratan. Jadi kami redha dengan ketentuan-Nya.


.


.

17 October 2010

Suram...

Wah lamanya dah tak update blog ni... suram jer
Sibuk sesangat ler ni.... dek kerana jadi bidan terjun...
Sudah.. jadi bidan pulak....


.


.


.


.



Biasa lah tu kan....


.

.

02 October 2010

Jangan tiru....

Masih bercerita tentang kedatangan aku dan keluarga ke Melaka. Aktiviti masih di Zoo Melaka. Selepas beli tiket, aku dan anak-anak pun masuk ke dalam Zoo. Ada seorang Pakcik jaga tu bagi tau mengenai aktiviti atau sebarang pertunjukan yang akan berlangsung.

Anak-anak aku punya lah suka nak tengok pertunjukan gajah seperti dinyatakan oleh Petugas Zoo. Lepas jer naik Trem segala, kami dibawa perlahan-lahan ke kawasan haiwan-haiwan yang berada dalam zoo tersebut.

Pusing punya pusing dah nak sampai ke penghujung zoo. Pemandu Trem pun berhentikan kenderaan tadi ke kawasan pertunjukan gajah. Dengarlah bebel bapak gajah dan tengok lah gelagat anak gajah tu. Kerana terlalu teruja nak tengok gajah, anak-anak aku tak duduk di kawasan yang disediakan. Mereka melekap kat pagar. Nak tengok lebih jelas konon. Aku dan suami duduk di tempat duduk yang disediakan.

Lepas itu aku tengok anak gajah tu makin lama maju kehadapan. Dalam hati aku terdetik, ntah-ntah nak sembur air. Selepas bapak gajah itu umumkan acara dah tamat dan acara terakhir adalah...????? Kome rase aper anak gajah tu nak buat???.... aku pun dan suami terus melarikan diri dari tempat duduk tu untuk menyelamatkan diri dari disembur air oleh anak-anak gajah tu tanpa membawa anak-anak kami. Dahsyat betul aku dan suami, nak selamatkan diri masing-masing sampai lupa pada anak-anak.. hahahhaa...

Maka kesimpulannya jangan lah tiru cara aku... hahaha....ingatlah anak-anak anda dalam apa pun situasi ....




.
.
.

01 October 2010

Aku dan Kekejaman.....

Suatu hari aku dan anak-anak pergi bercuti ke rumah kakak ku . Ini kerana aku belum pernah bawa anak-anak aku pergi bercuti kemana pun. Hahaha.. kejam betul kan... Jadi memang teruja lah nak bercuti. Asyik dengar cerita opah jer kesana dan kemari.

Sampai jer Melaka,Papanya dah bagi tau esok nak kesana dan kemari. Biasa lah kalo bawa budak-budak nak kene pergi tempat yang mereka suka lah. Jadi masuk lah ke dalam Zoo. Kerana kawasan luas, kami ambil keputusan naik Trem... macam kereta api.. tapi dia gerak atas jalan raya hahaha....

Bila ada anak-anak jenis penakut ni. memang susah lah nak bagi mereka cuba sesuatu yang baru. Mereka takut nak trem tu... hahaha...sudah.. jenuh ni nak menapak.. cabut kaki dibuatnya. Akhirnya aku terpaksa ugut mereka.... Kalau tak nak naik tak per... ibu.. papa dan abang jer naik. Nabihah tunggu kat sini. Hahaha.......... Kejam tak aku. Itu jer gayanya yang berkesan.

Akhirnya nabihah akur juga... Dia naik trem sambil menggigil... huhu



.

.

07 September 2010

Utusan untuk anda.....



Ha.. ni untuk anda semua yer.. Selamat Hari Raya...
Mohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa yer....
Moh datang ke ghomah.....

03 September 2010

Tensen dikala raya menjelma....

Orang dikala nak tiba hari raya memang seronok. Tapi aku sebaliknya kerana tiap-tiap tahun dikala nak raya jer jantung aku ni macam nak gugur. Sana sini main mercun. Bertambah hangin tu, tidak pulak 'malaun' tu nak main tempat jauh-jauh. Kawasan dekat dengan rumah aku jugak menjadi sasaran.

Ku fikirkan jiran yang selalu main mercun dikala dua hingga tiga pagi tu sudah berpindah, selesailah masalah aku. Rupanya ku sangkakan panas hingga ke petang tiba-tiba hujan pulak ditengahari. Tak aman juga aku tahun ini.

Anak india selang tiga buah rumah pulak buat hal. Main mercun baling kearah berdekatan dengan rumah aku. Makin kuat letupan mercun tu, makin membuak perasaan 'hangin' aku.

Aku sengaja perhatikan 'malaun' tu main. Dia ingat aku suka lah dia main mercun tu. Aku pun buat macam 'call' seseorang... aku cakap macam ni...
"Selamat malam encik, saya nak buat laporan ni dikawasan perumahan saya ni ada yang main mercun dan mengganggu sungguh lah penduduk nak tidur. Harap encik buat rondaan yer. Saya dari taman ******. terima kasih encik"...

Sengaja aku cakap kuat-kuat... dan aku terus masuk dalam rumah....



Beberapa minit kemudian......



Tau pulak senyap .....



Saje jer nak naikkan amarah aku....





Sebenarnya panggilan tu tipu jer.... bukan aku 'call' polis betul-betul... saje jer nak "saiko" malaun tu... mengong tey....


.


.



.



ha... baru boleh tido... Selamat Malam..

.

.

02 September 2010

Belum dapat aura...

Pejam celik harini dah 23 Ramadhan. Lagi beberapa hari saja dah nak masuk Bulan Syawal dan bermakna akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Tapi kelainan perasaan tahun ni adalah sehingga kini daku belum menerima aura untuk menyambut Hari yang dinantikan bagi orang yang puasa. Adakah aku tidak berpuasa tahun ini? tak jugak....

Sukar dirungkaikan.....


hukk....


huk...


huk...



Kalau macam ni kene beli Bio aura lah hahahaha....

.


.

16 August 2010

Pembantu bilik mayat...

Sabtu lalu. berita tergempar yang pertama kali agaknya terjadi di daerah aku. Mendapat liputan seluruh Semenanjung. Betapa kejamnya seorang suami menetak isteri dan anaknya. Kebetulan aku berada dibilik mayat dengan urusan menuntut jenazah makcik (Wak) suamiku yang terlantar dihospital selama seminggu.

Jam 8.15 malam aku terima panggilan dari bibik yang menjaga Wak di hospital. Seperti aku tahu ada khabar buruk yang akan disampaikan ini kerana lawatan kami yang terakhir pada jam 6.00 petang mengambarkan Wak telah Tenat. Aku dan suami pulang untuk berbuka dan aku dapat rasakan Wak akan pergi mengadap yang Maha Esa dalam masa terdekat. Benar ia berlaku. Selesai berbuka aku bergegas ke hospital semula untuk menuntut jenazahnya. Ini kerana Wak tidak berkahwin dan tiada waris.

Setelah hampir satu jam menunggu jenazah untuk dibawa ke bilik mayat, aku bertanya pada jururawat mengapa begitu lama untuk dibawa ke bilik mayat. Jururawat mengatakan terdapat kes bunuh di teluk intan yang mahu di 'post mortem' dan harus diuruskan terlebih dahulu. Wah dahsyat tu.... ini lah masa aku nak intai mayat bunuh tu haha...

Sampai dibilik mayat baru aku dapat tahu mengenai kes bunuh tersebut. Rupanya orang melayu, ku fikirkan india ker.. mereka yang suka tetak menetak ni. Aku mengambil kesempatan lah melihat ketika mereka memandikan jenazah si isteri. Memang tidak dinafikan kecederaannya sungguh parah. Hampir seluruh badah penuh dengan kelaran.

Ibu mertuaku menegur 'beraninya kamu tengok' dan aku hanya tersenyum. Kalau nak tahu aku memang teruja nak tengok mayat macam tu, mayat kemalangan ker aku memang berani.
Sambil menunggu ketibaan van jenazah aku mengomel dengan hubby ku. Aku bertanya " bang, universiti mane ader buat kos pembantu bilik mayat yer? rasa nak 'apply' plak. Wakakka... hubby ku punya lah gelak ......

.

.

.

12 August 2010

Becinta....

Wah... dah macam tajuk lagu pejal taher plak yer...

Ni kisah ragam anak-anak di sekolah tadika. Umur 5 dan 6 tahun dah pandai pilih "bulu". Mereka ni sungguh memahami erti 'cinta'. Menyusun kata-kata cinta dengan baik punya.

Balik sekolah zakwan akan bercerita apa yang terjadi di sekolah. Kisah kawan-kawannya yang ada beli buku 'Ben 10' baru lah dan macam -macam la. Tapi aku terkejut zakwan bercerita yang kawan sekelasnya bercakap mengenai cinta. Bila aku tanya zakwan, faham ker maksud cinta tu? zakwan boleh jawap dengan selamber jer... "cinta tu sayang-sayang lah ibu.. macam ibu dan papa tu sayang-sayang"... waaaaaaaaaa

Zakwan bercerita lagi... kawan abang tu.. si zafran dia cakap cinta-cinta dengan ain.. ish.. ishh.. ish.. budak-budak sekarang ni. Ada pula si guru tu plak bercerita, anak murid dikelasnya bercakap perihal cinta juga. Sehinggakan tempat duduk di dalam kelas pun mahu sebelah-sebelah. Bila dipisahkan, anak murid lelaki ini sehinggakan tidak mahu masuk ke dalam kelas.

Hebat sungguh penangan cinta ni dikalangan kanak-kanak tadika yer..


.


.


.


.

10 August 2010

Jumper...



Apakah ini???? cuba lah teka...
Blogku adalah perantaraan untuk gambar sahaja...
Apalah tajuk entry kakak ku berdasarkan gambar diatas..
Huraikan.....

09 August 2010

Salam Ramadhan




Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa....

Puasa.. jangan tak puasa...

Kalau tak puasa...

Tak boleh raya... kata upin dan ipin hehehe..

betul... betul... betul....

.


.

07 August 2010

Gara-gara Petronas Club Prix

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Ewahhh... formal bebeno... ok.. ok.. serius ni.. huhuhu

Kesesakan lalulintas mula melanda dah angkara tu ler.. Petronas.. depa pi buat racing moto kat litar Speedy. Merata jalan dah tutup. Pekan Teluk Intan ni bukan lah besar sangat memandangkan nama pun dah 'teluk'.

Hangin memang tetap ada sebabnya pengunjung mula mencari altenatif untuk mencari parkir kenderaan masing-masing. Maka nya bandar baru adalah tempat yang stategik untuk meletakkan kenderaan. Waaa.... aku nak masuk keje dah lewat kerana tawaf dibandar baru untuk mencari parkir keretaku.

Tawaf punya tawaf, aku mengambil langkah berpatah balik ke rumah untuk menukar kenderaan dari kereta kepada basikal.. hah.. puas hati aku.. huhu.. Jadi kepada pengunjung sekalian.. anda tidak digalakkan menaiki kereta... van... mahu pun lori. Maka naiklah moto atau basikal..






eh.. sesapa ada sampan digalakkan sebab kome tidak akan tempuh 'traffic jem'.. ikut sungai lagi cepat sampai.. cumanya kome kene menapak ler ker jln speedy tu...




waka.. waka..ey.. ey...

.

.

02 August 2010

Gadis Melayu




Calon-calon gadis melayu musim ke-5...


.

.

.



psttt.... gadis ker lagi tu huhuhu

.

.

*** ~ Cewek ~ ***

Petang tadi aku cewek...

Cakap isu - isu sensitif aku cewek...

Tengok isu semasa pun aku cewek....

Selalu kutuk anak - anak aku yang cewek...


...



...



...


Benci aku pada cewek.. sikit-sikit cewek... bosan...







Pssttt... nak tau makna 'CEWEK' kene buka kamus jowo...


iki ngomong jowo..
orak ngereti??? huhuhu....


.

.

Hari Siput Sedunia...

Hey kenapa lah lalu lintas di teluk ni macam siput. Aku dilorong kiri kereta depan macam siput belum sarapan. Masuk ke lorong kanan kereta depan macam siput tak berapa nak sihat. huhuhu...


Aku ni dah ler nak cepat dan tak reti nak bawak kereta macam siput!!!!!.....



Kome plak "drive" kereta selembap nak mati.....



.... TENSEN AKU ....


.
.
.
.
.



hey hangin semacam jer aku harini... ni tanda-tanda nak bocor kot....

..h..

..a..

..h..

..a..

/

/

/

01 August 2010

Ahad Yang Hening..

Dikala hari ahad menjelma, bangun pagi-pagi...

Dengan ketiadaan air pula.....

Punah harapan dikala aturcara telah tersedia...

Kebosanan mula menjelma...

hahaha... hantu betoi ler orang keje L.A.P ni.. kalo nak tutup air tu berkabo ler... nampak gayanya untuk makan tengahari kami sekeluarga makan pizza jer lah....

... H ...

... A ...

... H ...

... A ...

Jadi mat saleh lah arini.. makan hidangan berasaskan roti...


.

.

31 July 2010

Entry terakhir utk july...

Lihat di kalender nak tengok tarikh hari ini, rupa-rupanya sudah tiba dihujung bulan tanpa aku sedari. Sungguh cepatnya hari dan waktu berlalu. Pelbagai dugaan dan cabaran telah ku tempuh untuk bulan julai ini.

Apakah dugaan dan cabaran yang akan menanti aku di bulan hadapan. Moga-moga aku tabah menghadapinya nanti. Ermmm bulan hadapan juga semua umat islam akan melaksanakan tugas untuk berpuasa.

Tahun ini, aku nak mengajar anak-anak ku berpuasa... Mampukan aku????


Tunggu



dan



Lihat...


.

.

.

30 July 2010

Hantu Berangin...

Setiap manusia mempunyai sikap yang berbeza-beza. Begitu juga di dalam ahli keluarga aku ia itu adik beradik ku. Ada yang angin, angin kuasa lima dan berantu angin nya. Aku tergolong dalam berangin juga. Tapi dikala lapar huhu...

Tapi kalo berangin tak tentu pasal dan nak mneyentap tak kira masa, memang aku naik hantu. Segala kehendak dia aku ikutkan demi nak menjaga hati dia, disuruh itu dan ini juga aku ikutkan. Kerana sikit punya hal ko nak buang aku......

Okey aku redha jer dan aku juga tau kome perlukan aku dikala kome susah jer. Dikala kome senang aku pun tak nak dekat dengan kome. Jangan riso yer.....

.

.

.

.



Berbisa juga racun "makhluk perosak" tu yer....

.

.

27 July 2010

Tanda-tanda dah tua....

Leganya semua kepenatan telah berakhir...

Kesibukan daku menguruskan majlis perkahwinan adik ipar ku. Wah daku macam tuan rumah plak yer. Bukan aper, ini adalah kenduri pertama untuk keluarga mertua ku. Sebelum ini, anak yang lain berkahwin hanya mengadakan majlis yang cukup simple. Kalau anak lelakinya berkahwin, majlis akan diutamakan dirumah pihak perempuan seperti aku dulu. Pihak lelaki hanya mengadakan kenduri kesyukuran jer. Abaikan cerita kenduri tadi lah.

Dua minggu sebelum kenduri tu, aku diserang sakit pinggang yang teramat. Sampai nak bongkok pun tak boleh. Ia amat merisaukan aku. Apa lagi serang ker klinik lah. Doktor cakap urat pinggang tu bengkak. Beliau sarankan untuk ambik "injection" bagi mempercepatkan ia pulih. Memang ia beransur pulih.

Minggu lepas juga aku dilanda kesibukan di butik. Dengan pakej sauna, facial dan spa. Pinggang aku dilanda sakit semula. Aduhhh... tak leh nak buat kerja lagi nampak nyer. Memandangkan kerja banyak yang menanti, aku ambik keputusan cucuk lagi. Kalo tak tak leh buat keje ler nampak gaya nya.


Waaaaaa..... adakah ini tanda-tanda aku dah tua.. hahaha.. sedar-sedar lah diri tu...

h

a

h

a
.
.
.
.

23 July 2010

Perdagangan Bayi...

Sudah beberapa harini daku terdengar omelan anak-anak ku, mengenai isu bayi atau lebih mudah anak-anak ku panggil "baby".

Ini semua angkara di Taska. Di Taskakan banyak "baby". Jadi anak-anakku memang gemar bermain dengan 'baby' terutama anak daraku. Di taska juga lah wujudnya usik-usik, jika anak-anak ku nak 'baby' minta dengan ibu dan papa. huhuhu bijak.. bijak...

Oleh itu, pagi tadi anakku si Danish dengan spontannya bertanya.. " ibu.. bila ibu nak beli baby... abang teringin nak ada baby lah... " huhuhu... daku hanya mampu senyum jer lah..

Cakap isu beli ni.. dah macam isu semasa yang hangat sekarang ni... teringat plak pada perdagangan orang... hahaha....







psstttt... eh ada ker orang jual 'baby' nak jugak beli hahahaha....

.

.

.

16 July 2010

Pusat Kaunseling

Hari itu aku menghantar danish ke sekolah. Macam biasa aku memang suka menyapa sesapa yang memandang aku. Kebetulan pula, seorang ibu menghantar anaknya.. sekelas dengan danish.



Tiba - tiba......



Dia pandang aku dan aku pula pandang dia. Aku memang pantang ada orang pandang, perasaan malu dan rendah diri mula menyerang. Nak "cover" punya pasal aku tegur dia..


Sihat ker kak? Dia pun menjawap... "macam ni lah kandungannya bermasalah"..... dengan itu bermula lah dia menceritakan kisahnya. Termasuk masalahnya dengan suami. Dan dia terus meluahkan isihatinya padaku dan meminta pendapat.


Tiba - tiba jer aku terfikir....????



kome rase aper????




AKU TERASA NAK BUKA PUSAT KAUNSELING PLAK..... hahahaha...

.
.
.
.

Macam- macam hal dunia...

.


.

10 July 2010

Carrot Cake




Kerajinan ditahap Gaban. Resepi aku perolehi dari Blog seorang yang handal bab memasak ni. Blog En Mat Gebu. Aku memang selalu masuk blog en mat ni untuk mencari ilham nak memasak. So ni lah hasil Carrot Cake dari resepi en mat. Sedap tak terkata lah.. huhuhu
.
.

Brownies




Ha.. cerita pasal makan plak hehehe...
Sempena nak hadiri majlis mini Gathering untuk Batch SPM 2000 SEMAJA..Aku meringankan tulang membuat Brownies ni untuk menjamu kawan-kawan ku makan, setelah hampir 10 tahun tak berjumpa.
.
.
.

Kasih guru hingga terterap...

Wah tajuk entry ku kali ni semacam jer bunyi nya....

Kisah berlaku di Tadika tempat danish menuntut ilmu. Seorang murid perempuan, satu kelas ngan danish telah menunjukkan kepintarannya dan mampu menipu cikgu disekolahnya. Kurang asam budak tu bab nak menipu tak payah sekolah secara automatik terus jadi pandai.

Semasa menghantar danish ke dalam kelas, aku dan budak tu sampai serentak ke dalam kelas. danish telah ku arahankan untuk tapak perhimpunan dan aku sendiri menghantar beg dan bekalannya. Aku lihat budak perempuan tu seperti tak keruan, mencari akal untuk lakukan sesuatu. Aku hanya perhatikan gerak-geri nya. Dan aku jugak telah mengarahkan dia ke tapak perhimpunan. Dan budak tu menurut perintahku.

Sampai di tapak perhimpunan aku masih mahu memerhatikan budak itu. Budak itu telah memberitahu pada cikgu disitu untuk pergi ke tandas. Dan mata aku masih nak tengok dia, langkahnya betul kearah tandas. Tiba-tiba aku lihat budak tu dah tak der. Hatiku terdetik kemana budak tu pergi. Tiba-tiba terdengar seperti bunyi rempuhan.. Hati ku berkata " entah-entah budak tu dah kene rempuh kereta ni" dan terus terdengar bunyi jeritan.

Aku pun segara pergi kearah pagar dan lihat guru yang bertugas menjaga pagar sekolah dah terterap dan budak itu telah didakap oleh kawanku. Rupanya kehilangan budak itu dari pandangan aku, dia pergi kearah bilik guru dan menyorok ditepi..agak-agak "line clear" budak tu meluru kearah pagar utk melarikan diri dari sekolah. Guru bertugas cuba menarik tangan budak tu tapi tak berjaya dan menyebabkan guru tu terterap. Luka usah dikenanglah apabila jatuh dia jalan 'tar".

Kecoh lah sekolah dengan sikap budak itu. Budak tu dibawa ke bilik guru dan guru yang luka tadi telah dibawa ke klinik.
.
.

02 July 2010

BEKU...

Ushhh begitu lama aku tak update blog ku ni...Tup.. tap.. tup.. tap.... dah sebulan rupa nyer...Kepala di tahap BEKU atau aku terlalu sibuk menguruskan masalah dunia..Aku jua tak pasti.. hehehe.. Atas kejadian yang menggemparkan pagi tadi...Membuatkan OTAK ku dah cair semula... heeeeeeyyyyyyyyyyy...... Aper yang terjadi pagi tadi, esok lah daku cerita... Harini masih lagi didalam ZON sibuk...


... C ....

... H ...

... A ...

.... I ...

... Y ...

... O ...

... K ...

..

..

Wake up.... wake up...
waaaaaaaaaa..............................

.

.
.
.
.

26 May 2010

Sport Day...


Sekitar hari Sukan di Tadika Intan Methodist...




semangatnya ank ku kawat



Ha.. ini persembahan adi budak junior lah.. kene buat tarikan poco - poco hehehe... x lah tarian i'm alive nama nyer... so layan gambar dulu.. video dah berabad tak selesai lagi upload.. hehehe








Dari kiri : danish... ain... fikri............




Ni plak acara utk ank2 bawak 4 tahun... ank dara ni masuk lah acara ni.. kene ambik 1 bungkus jer tetapi.. ank daraku ni dah cilok 2 bungkus dan bawak lari... hehehehe
.
.
.

25 May 2010

Makhluk Perosak...


Ini adalah iklan makhluk perosak ahhahah....

Ha.. ni lah alkisah nyer.. Aku bukan Serangga... hahaha macam tajuk lagukan, tapi bukan itu yang nak ku ceritakan.. Bila anak dah sekolah, kalau kite tersalah cakap sikit jer laju jer mereka betulkan. Almaklumlah pelbagai subje yang diajarkan. Suatu hari aku menganbil danish dari sekolah naik moto, paham-paham ler teriknyer..

Sampai jer kat Traffic Light, lampunya merah plak...Kalo dedulu kite nak ambik lesen memandu kene belajar undang-undang semua tu mesti penceramah tu terangkan pasal traffic Light ni.. Ok sambung cerita balik. Dengan keadaan panas tu aku mengambil keputusan untuk melanggar jer lampu isyarat tu.

Tiba - tiba danish bersuara... eh ibu lampu tu kan warna merah.. kenapa ibu jalan? Cikgu cakap kalo lampu merah kene stop.. aku pun diam jer x nak jawap hehehe... dlm hati aku berkata.. ishh kat sekolah tadika ni cikgu ajar undang-undang jalanraya ker... hehehe si danish ni tak kan puas hati tanpa jawapan yang munasabah..

Maka, untuk aku cover kesalahan aku tu.. aku pun jawap lah... ini kecemasan tak per... ibu sakit perut .. nak berak wakakka... jadi ibu nak cepat balik... danish pun diam jer... lega rasanya dia boleh terima jawapanku...

Kesimpulannya... jangan cuba nk menipu anak dan merosakkan pemikiran mereka... wakaka... Pesanan dari penaja... jangan cuba meniru cara ini hahahhaha...
ha...

ha...

ha...

.

.

11 May 2010

.....Bertapa.....

Wah.. bulan ni belum ada entry lagi... kemana pergi idea-idea ku....
Sibuk dengan beberapa perkara yang datang tanpa diduga dan diundang...
.
.
.
.
.
So... BERTAPA MODE.......
.
.
.
.
.

22 April 2010

Budak baru blajo...


ha... kome.. nampak tak ader aper dalam gambo tu.. kebetulan plak wujud bende ni .... RAINBOW ... almaklum lah zakwan baru jer bersekolah.. jadi memang banyak bende baru dia belaja.. tengok dalam jadual dia.. ader matapelajaran sains... matematik.. b.m. dan b.i tu memang wajib.. ader moral... ushh zaman sekarang ni tadika pun cam budak derjah satu yer... teman dedulu tadika... biase-biase jer...

Mengenai 'rainbow' ni... aritu zakwan tanya...bila nak dapat tengok rainbow... 'moon' dah tengok.. 'sun' pun dah tengok jugak... dan dia tanya rainbow tu kenepe banyak warna .. ya ampun...anak ku... bila dah bagi jawap... dan mesti nak tanya kenapa??? namun daku mejawap dengan penuh berhemah dan kadang kala skema juga...kebetulan tadi ujan.. wujud lah rainbow ni... ha.. lega teman.. dah dapat jawap soklan dia... selagi tak jawap dengan berhemah.. selagi tu dia tak puas hati..

Seronok dia dapat nengok rainbow nyer... Mujo ler timboi tadi....

.

.

.

,

20 April 2010

Takut plak aku...

Seperti biase aku yang akan hantar zakwan ke sekolah... dari mula dia sekolah sampai sekarang dan seterusnya. Dulu-dulu.. aku memang tak perasan... aku buat biase... bila sekarang ni aku dah mula sedar diri huhu... Di awak persekolahan zakwan.. memang dia bermasalah 3 hari... dalam kelasnye cuma 3 orang jer murid yang masalah (menangis)...salah seorang nyer budak perempuan tu ..rias muka macam ' mamak'. Budak itu... ayahnyer yang selalu menghantar dia ke sekolah...

Bila zakwan dah mula serasi dengan suasana sekolah... budak itu belum lagi serasi.. dan terus menangis setiap kali dihantar ke sekolah hingga sebulan persekolahan dibuka. Aku sering menegur budak itu.. kadang-kadang seperti memujuk dia supaya janga menangis lagi ke sekolah.. dan ayah budak itu hanya senyum... dan aku juga senyum tanpa syak apa- apa..
Bila waktu pembelajaran dah nak mula... aku akan balik dan ayah budak itu pun jugak balik dan aku syak.. kebetulan nak balik waktu yang sama...

Eh panjang nyer cerita.. aku pendek kan lah... penat plak menaip hahhaha... kebetulan aku ada diluar rumah.. melayan ank-ank main.. aku terperasan sebuah kereta ijau tu.. perlahan.. dan aku buat tak tau jer... bila kete tu dah lepas dari umah aku.. tetiba dia undur plak dan berenti di depan umah aku.. aku tgk kat dlm .. ayah budak itu.. sudah aper hal dia ni sampai cni... dan dia tanya.. ini rumah ka... dengan loghat cam indiajer huhuhu... aku yg terlebih jujur ni jawap lah ya.. pastu dia pun blah... tak lama tu dtg lagi.. dan hantar sebuku roti... hahahaha...

Sekarang ni kalo hantar zakwan sekolah.. aku berusaha nak mengelak dari jumpa ayah budak itu.. aku dah rase takut... huhuhu... sebab nyer ayah budak itu pernah cakap dengan aku dia suka tengok aku... sebab aku suka senyum.... hahhahaha.. haghu dibuat nyer....
.
.
.
gerun nyer bila nak hantar zakwan sekolah.....
.
.

11 April 2010

Steam choco muffins...



Bahan-bahan A
  • 2 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak jagung @ 250g butter cair
  • 1 3/4 cawan gula caster
  • 1 biji telur
Bahan - bahan B - ayakkan kecuali coklat emalco
  • 250g tepung gandum
  • 50g serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu besar coklat emalco
Cara - cara
  1. Panaskan kukus terlebih dahulu..
  2. Satukan semua bahan A dan kacau sebati guna whisker saje
  3. Bila dah sebati masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan gaul lagi sampai semua nyer sebati dan masukkan coklat emalco dan gaul...
  4. masuk kan dlm cup dan kukus selama 20 - 25 minit..

senang jer.. Selamat mencuba yer..



pstt.. ampun yer sabahat lambat letak resepi... huhuhu
.

.

06 April 2010

Hampir sama... tapi x sama lah...

Dikalangan sedara-mara aku .... selalu keliru dengan aku dan kakak ku... mereka selalu memanggil aku dengan nama kakak ku... dan kakak ku pun begitu.. dipanggil dengan nama aku hahahaha.... Dikalangan sahabat ku pun mereka juga keliru... aritu ada hadiri majlis perkahwinan.. kebetulan kakakku balik kampung dan pi majlis tu.... kakak ku sampai awal dari ku... kawan ku nyaris - nyaris penepuk belakang kakak ku... heheheh

Tiba nya aku di majlis tu.. masuk jer dewan kawan ku senyum mcm kerang buruk dah...
aku juga tertanya.. kenapa dia senyum gitu gayanye... pastu dia tanya aku... bukan ko dah masuk ker tadi... hahhaha... aku pun bgtau dia.. aku baru sampai ahhhh.... lepas aku duduk dimeja makan tu... bersebelahan meja kakak ku... kawan aku pun bg tau.. dia nyaris nk tepuk belakang kakak ku... kerana dia ingat aku.. punca dia x jadi nk tepuk blakang tu kerana kakak ku tak senyum ngan dia... hahahha... aku kerja dibutik dan terdedah ngan ramai org.. ader lah beberapa customer bila masuk jer... buat muka terkezuutt.... tgk aku... dan ada yang siap jerit sebut nama kakak aku... hehehhe... aku gelak jer lahhh... glamer ker kakak aku nie..... huhuhu

wey.. kak.. tang mana sama kite ni yer... hehehhe... aku rase nk main teka teki lah.. kite pakai baju semua sama... soh mereka teka.. mana ku dan mana mu... hahhaha... amacam boleh tak...
ader yang sokong...... angkat satu jari yer... huhuhhu

minggu lepas ke majlis hari kantin di sekolah cu la... aku membeli di satu gerai jual spegetti...
dan cikgu tu tanya... ex-student ker... aku cakap kat cikgu tu.. x lah hehehehe.... cikgu tu cakap muka same ngan ex-student... dlm hati aku dah agak.. mesti kakak aku ler tu... last2 aku ckp.. kat cikgu tu... saya adik dia hahahha... cikgu tu ckp.. patut lah muka sama... heheheh..


psstt... cikgu.. tang mana sama yer.... hahahha... jgn mare yer..
.
.
.

31 March 2010

Rambut Pacak....

Semalam....
Seperti biasa setiap hari .. waktu lunch... aku mesti balik rumah...
Sebab utama adalah nak tengok zakwan sbb lepas sekolah dia akan terus balik rumah ... sebab dia tak nak dok taska dah... dia ckp.. " abang dah besar lah ibu.. x yah dok taska lagi pun abang dah sekolah...".. itu semua adalah alasan jer.. jadi aku ikutkan kehendak nyer..

Sampai jer kat pagar rumah.. dia dah menjerit panggil aku....tu memang rutin dia lah... masuk jer dlm rumah... dia dekat2 ngan aku.... dlm hati ni terdetik aper ke hey nyer budak ni.. nak mintak aper plak....

aku : ... naper abang... tadi kat sekolah blaja aper... ada homework x... itu soalan biaser... hehehe

zakwan:... ada homework... 1 jer...

aku : terus lah buat.. nanti petang bleh main...

zakwan :... ibuuuu.... tadi kawan abang tu buat rambut pacak kat sekolah... esok abang nk jugak..

aku : .... aik.. budak ni.... dah pandai nak berpesen plak.. umur baru 5 tahun.. x payah lah... x ensem hehehe...

zakwan :.... dia diam jer.... sambil peluk tubuh... (merajuk lah tu)
.
.
.
.
.


pagi tadi...

lepas jer mandi... dia pun nak pakai uniform sekolah nyer tu... pastu dia pi ambik minyak rambut... dia pun ckp.." ibuuu.... buat rambut pacak yer.." hey bdk ni nak jugak2.. aku pun buat kan ler...rambut ala-ala balungan haiyam hehehe... tau tak aper bende tu.. bukak kamus banjo hahhaa... hey.. budak2 sekarang ni kan... dah pandai nk pesen2 ni.. zaman aku umo gitu.. x reti pun nak begitu... begini...
.
.
.

nanti sambung membebel... ader org datang plak... cauuuu...
.
.

30 March 2010

Marah plak....

Minggu lepas.. sambil aku duduk2 kat butik.. sambil tgk tv... tetiba ader seseorang menolak pintu butik yg dikunci... ( aku memang suka kunci pintu butik sbb byk bende2 pelik jadi.. demi keselamatan... aku kene kunci.. kalo customer dtg mereka akan tekan loceng )... aku pun pi lah bukak pintu dan aku nampak sorang pompuan agak pelik... rasenyer dia bukan nk dtg beli baju hehehe...



Pastu aku tanya... "ada apa kak"..... dan dia meluru masuk dlm butik sambil nk keluar kan sesuatu dari beg pelastik nyer... hati aku dah cuak.. aper ke hey nyer makcik nie... dia pun hulurkan kertas.. dan aku baca.. merupakan surat dari ketua kg huhuhu...


makcik tu :... mintak maap ganggu.. makcik ni kalo boleh x nak ngaco org..


aku:... yer ler.. naper... ( hahha.. cam garang aku ni.. sebenonyer takut nie)


makcik tu : .... makcik ni nak mintak sedekah... makcik tak keje.. anak plak ader 4... ni sorang dalam perut... suami makcik sakit... x boleh nk kerja...ni nak mintak bagi ler berapa yg boleh.. nk bagi anak2 makan pun x der duit... dia cerita sambil nada sebak...

aku : .. makcik ni dari mane...

makcik tu : dari P****.....

aku : ... eh jauh jugak... ada plak tambang.. huhhuhu.. aku pertikai... aje nyer kurang asam aku ni hehehe... makcik tak mohon kat kebajikan ker mintak bantuan... kalo x cukup boleh pergi pusat zakat ker atau baitulmal ker... hehehhe

makcik tu :.. dia diam jer... kalo gitu tak per ler.. kalo tak nak bagi...

aku :... bukan x nak bagi.. surat ni makcik kene bawak pi kebajikan .. bukan mintak sedekah dr pintu ke pintu...

makcik tu : ... ermmmm xper ler... trus dia keluo dr butik....

hahha.. bukan aku tak nak membantu.... tapi gunakan lah saluran yang disediakan oleh pihak kerajaan... x pun nanti aku email kan nama makcik tu ke dalam program BERSAMAMU kat tv3 tu ..... dia dtg ke pekan.. naik teksi ader plak duit nyer...

hey.. maleh nk pertikai banyak2... dh ler aku tak bagi sesen pun pd makcik tu....
.
.
.
.
.
.

aku terpandang ler kat luo tu.. kebetulan makcik tu lalu.. dia pandang ke butik.. gaya pandang mcm nak telan jer butik nie... aik.. marah nampak makcik .....



.

.

.

23 March 2010

Apam Senyum.....

Sumber : sahabat blog...

wah... mentang2 nama blog senyum... wujud plak apam senyum... ini semua kebetulan..
Saje nk share jer.. ari tu cuba buat apam ni... alhamdulillah menjadi...
gambar ni mase mula2 buat... disebabkan ada sahabat yg lihat FB sy.. nk mintak resepi...
so ni masuk dlm blog lagi senang...

Bahan-bahan

3 biji telur.... (sy guna gred A)
1 cawan gula
1 camca besar ovelette
1 cawan air aiscream soda
3 cawan tepung gandum (ayak )
1 sudu kecil esen vanila
sedikit pewarna digemari

Cara buat...
  1. Panaskan pengukus terlebih dahulu yer..
  2. Pukul telur, gula, ovellete dan esen vanila sampai gebu
  3. Lepas tu masuk kan air aiscream soda dan pukul lagi...
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar sampai sebati
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letak kan warna disukai.
  6. Sendukkan adunan dlm paper cup mengikut kreativiti anda..
  7. Kukus lebih kurang 10 - 15 minit atau sehingga masak.
  8. Hidangkan
Selamat Mencuba yer....

17 March 2010

Penakut...

Alkisah si budak penakut hahaha.....
Disebabkan belum ada isu semasa yang begitu sesuai utk dicoret disini.. maka aku bercerita alkisah si dia.. si anu.. dan si anot... eh anot tu bukan ker pelakon yang chubby tu hehehhe tapi ini tak der kene mengena ngan dia lah....

Kisah nyer si budak ni memang ler penakut... (budak tu ankku lahhh) hua hua hua... dari kecik dia memang penakut... Diantara bende yang dia takut adalah... wah.. wah penggunaan bahasa ku.. mesin basuh... vakum... dan seangkatan dengan nyer.. agak bende tu bunyi cam pelik skit memang dia takut... kalo ler nk cuci baju tu... sanggup dia x tak nak masuk bilik airtu sbb mesin masuk dekat ctu.. dan kalo nak vakum karpet plak... terpakse kurung dia dlm bilik.... memang penakut ditahap gaban...selain bende tu... alat permainan kat fun fair.. hati teringin nk pi. tapi nk pi tgk jer... ajak main x mau nyer... ajer nyer penakut betoi..

Suatu hari hahahha.. ishhh asyik ketawa jer.. aku dan en B pi shoping kat the store sambil bawak tentera ku..... pusing punya pusing .. sambil leka ambik brg tertiba ank ku mcm kecut jer... aku pun tanya lah.. 'kenape abg ni.. kecut jer'... ank ku menjawap... ' ala.... abg takut mesin tu... jgn ler pi kat ctu'.. aku pun pandang kiri kanan ... tak plak nampak aper2 pun... ahh x layan lah.. pi lah pusing2 lagi.. tetiba menjerit plak dia.. heh.. budak ni... ada hantu ker dlm the store ni... jengok - jengok lagi.. rupenyer.. dia takutkan alat mop lantai tu... memang bunyi agak kuat tapi bende tu jauh lagi dari diri dia.... hey.. bocah... bocah...





15 March 2010

Teruja...




Walaupun kisah ni dah lapok.. tetapi ia masih terpahat diingatan ku. Tahun ni merupakan tahun pertama ank sulung ku bersekolah. Sebenarnya aku terlalu teruja. Almaklum lah teringin nak hantar ank kesekolah dan balik dijemput. Hari pertama bukak sekolah, anak ku tak dapat hadir ke sekolah kerana demam... teruja sampai demam. Tiba hari kedua, aku agak berdebar almaklum lah pengalaman pertama dan tak tahu reaksi anakku ke sekolah. Bangun pagi memang nampak xcited dia.. bila tiba ke sekolah.. dan masuk ke kelas masih okey. Bila ader student yang nangis dok pegang kaki mak nyer... dia dah mula buat muka.. siap pesan 'ibu...nanti ibu teman abg yer.. jgn balik dulu'.. aku pun menjawab... 'ok.. tapi sekejap jer tau'... aku dah jangka ribut akan melanda bila aku balik nie... penin nie... aku pun pi kat cikgu dia.. bagi tau aku nak balik... nak tinggalkan zakwan di kelas... dan cikgu dah pegang dia... aku pun blah dengan rase sayu hahahha... aper lah kan .. jiwang bebeno huhuhu.... aku menyorok di blakang korido.. konon nak intai lah... boleh dia nampak jugak.. ehh... kalo gini penin cikgu nyer karang... last sekali.. aku nekad tinggalkan dia kat sekolah dari jauh aku dengar zakwan menjerit.... 'ibuuuuu... jgn tinggalkan abg... abg nk ikut ibu' hah... laju air mata aku meleleh wakakaka... ajer nyer poyo aku nie hehehe.... 3 hari jugak aku fenin anto dia sekolah..... dan hari ke4 aku dah cuak... mesti masalah jugak ni... konon nk balik senyap2... last2 dia nampak.... dia jerit ' ibuuu......' ahh sudah....dia perasan plak aku nk balik.. fenin.. fenin... ' ibu.. abg belum salam ibu lg...' ya ampun lega hati aku.. bila selesai salam dan cium dia.... aku pun pesan.... 'belajar yer... ' dengan selambe dia jawap.. 'ok ibu... abg dah tak nangis... budak tu jer nangis lg...' hahahha.. xsen betul... aper pun sampai sekarang zakwan dah ok dan pandai berkawan.. alhamdulillah... lega..

Salam Perkenalan....

Assalamualaikum.....
Sebagai pembuka blog. Tujuan buka blog hanya suka - suka. Hanya mahu berkongsi kisah - kisah yang boleh dikongsi dan berceloteh tentang aper pun yang dirasa sesuai serta berkongsi diari hidup ku huhuhu...

so jom kita layan blog ku yang tak hebat ni ..... laaaayaaannnzzzz.....