27 October 2010

Tas Vs Teh

Aktiviti membocorkan rahsia (mati aku kene pancung dengan kakak aku)
Jenuh nak ambik gambar berdua asyik tak jadi jer..
Dan akhirnya berjaya juga diambil...
Sama ker???


MASA KEMUNCULAN DAH TAMAT hehhehe....
.


.



.


.

Menu Mamak....

Selepas sekeluarga demam dan masalah yang timbul adalah hilang selera makan. Jika aku dan suami hilang selera makan, jiwa aku tak berapa nak serabut sangat. Tapi bila anak-anak aku hilang selera makan, aku runsing dan buntu kerana mereka tak mahu makan langsung. Hanya minum air sahaja.

Mula lah aku memikat selera mereka untuk makan. Makanan yang aku tak galakkan pun mula jadi bahan promosi aku. Di tanya makan McD.. tak nak.. KFC.. juga tak nak. Semua makan kegemaran meraka tak nak.

Naik meroyan lah bila mereka tak nak makan. Aku mula memancing dengan 'MAGGI' ... ya.. memang tak elok untuk kanak-kanak tapi kerana untuk mewujudkan selera makan.. akhirnya aku akur. Dan aku berjaya membuka selera makannya walaupun sedikit.

Hari ini anak aku Zakwan meminta nak makan kat kedai Mamak. Dia nak makan ayam goreng berempah dengan kari ikan. Wah.. wah... tak kisah lah janji mahu makan. Yang tak sanggupnya... 'ibu.. sok pagi pi sekolah abang nak bawak bekal nasi macam tadi yer.. sedap lah abang suka' kata zakwan.

Sudah mane aku nak cari kari ikan pepagi hari ni.... alahai anak...

.


.

Teka- tekuk....

Setelah selesai segala kesibukan yang melanda, aku sekeluarga tumbang dilanda virus demam yang amat hebat. Tak pernah kami dilanda demam secara serentak. Mungkin kerana terlalu penat dan perubahan cuaca yang mendadak.

Eh... yer ker tapi ada sorang makcik tu cakap demam sebab lain. Adakah tanda-tanda aku nak mengandung lagi hehe.. tapi bila dipikir balik tak kan sampai anak-anak aku pun kene tempiasnya. Kalau suami aku.. tu adatlah. Aku yang mengandung, dia yang muntah-muntah hahaha... hebat tak... ushhh... bukan.. tekaan makcik tu tak berapa nak tepat.

Dan ada makcik tu cakap, lepas kenduri ni nanti ada bende yang tak elok jadi ni. Kome hati-hati lah yer. Main teka-teki plak makcik ni. Kalo rasa nak cakap bagitau lah, kiasan plak. Aku ni tak reti nak nak main teka-tekuk.

Kebetulan plak memang lepas kenduri perkahwinan abang aku, kami demam sekeluarga dan disusuli beberapa kejadian susulan berlaku. Macam gempa bumi pulak yer... ada gegaran susulan.

Sebenarnya apa yang berlaku hanyalah kebetulan dan suratan. Jadi kami redha dengan ketentuan-Nya.


.


.

17 October 2010

Suram...

Wah lamanya dah tak update blog ni... suram jer
Sibuk sesangat ler ni.... dek kerana jadi bidan terjun...
Sudah.. jadi bidan pulak....


.


.


.


.



Biasa lah tu kan....


.

.

02 October 2010

Jangan tiru....

Masih bercerita tentang kedatangan aku dan keluarga ke Melaka. Aktiviti masih di Zoo Melaka. Selepas beli tiket, aku dan anak-anak pun masuk ke dalam Zoo. Ada seorang Pakcik jaga tu bagi tau mengenai aktiviti atau sebarang pertunjukan yang akan berlangsung.

Anak-anak aku punya lah suka nak tengok pertunjukan gajah seperti dinyatakan oleh Petugas Zoo. Lepas jer naik Trem segala, kami dibawa perlahan-lahan ke kawasan haiwan-haiwan yang berada dalam zoo tersebut.

Pusing punya pusing dah nak sampai ke penghujung zoo. Pemandu Trem pun berhentikan kenderaan tadi ke kawasan pertunjukan gajah. Dengarlah bebel bapak gajah dan tengok lah gelagat anak gajah tu. Kerana terlalu teruja nak tengok gajah, anak-anak aku tak duduk di kawasan yang disediakan. Mereka melekap kat pagar. Nak tengok lebih jelas konon. Aku dan suami duduk di tempat duduk yang disediakan.

Lepas itu aku tengok anak gajah tu makin lama maju kehadapan. Dalam hati aku terdetik, ntah-ntah nak sembur air. Selepas bapak gajah itu umumkan acara dah tamat dan acara terakhir adalah...????? Kome rase aper anak gajah tu nak buat???.... aku pun dan suami terus melarikan diri dari tempat duduk tu untuk menyelamatkan diri dari disembur air oleh anak-anak gajah tu tanpa membawa anak-anak kami. Dahsyat betul aku dan suami, nak selamatkan diri masing-masing sampai lupa pada anak-anak.. hahahhaa...

Maka kesimpulannya jangan lah tiru cara aku... hahaha....ingatlah anak-anak anda dalam apa pun situasi ....




.
.
.

01 October 2010

Aku dan Kekejaman.....

Suatu hari aku dan anak-anak pergi bercuti ke rumah kakak ku . Ini kerana aku belum pernah bawa anak-anak aku pergi bercuti kemana pun. Hahaha.. kejam betul kan... Jadi memang teruja lah nak bercuti. Asyik dengar cerita opah jer kesana dan kemari.

Sampai jer Melaka,Papanya dah bagi tau esok nak kesana dan kemari. Biasa lah kalo bawa budak-budak nak kene pergi tempat yang mereka suka lah. Jadi masuk lah ke dalam Zoo. Kerana kawasan luas, kami ambil keputusan naik Trem... macam kereta api.. tapi dia gerak atas jalan raya hahaha....

Bila ada anak-anak jenis penakut ni. memang susah lah nak bagi mereka cuba sesuatu yang baru. Mereka takut nak trem tu... hahaha...sudah.. jenuh ni nak menapak.. cabut kaki dibuatnya. Akhirnya aku terpaksa ugut mereka.... Kalau tak nak naik tak per... ibu.. papa dan abang jer naik. Nabihah tunggu kat sini. Hahaha.......... Kejam tak aku. Itu jer gayanya yang berkesan.

Akhirnya nabihah akur juga... Dia naik trem sambil menggigil... huhu



.

.