28 August 2011

Berseri Aku.... & Selamat Hari Raya

Daisypath Anniversary tickers


Kejap jer masa berlalu
Hampir terlupa arini aniberseri perkahwinan
Bukak blog baru perasan
Punya lah sibuk mengemas rumah
Almaklum lah dah nak raya kan..

Tapi "mood" raya tu tak muncul pun lagi
Entah ngape ler
Persiapan pun ala kadar jer
Baju raya tak der
Pakai yang lama lah
Kalo membeli lagi makin sendat alamari kang

Oklah kesempatan ini
Aku nak mintak mahap ler
Pada rakan semua andai kata
Ada terkasar bahasa
Terusik naluri paling dalam
Sesungguhnya ia tidak disengajakan yer...
Jemput datang rumah yer...


hehehehehe...



tet...

20 August 2011

Cikgu lagi???




Adoiiii..........
Semalam pergi hospital
Ada temujanji dengan pakar Klinik O&G
Tau ker O&G aper????
Cari sendiri hehehe.....
Tengah tunggu giliran dipanggil
Ada sorang minat duduk disebelah
Lalu dia menegur aku...
Dah berapa bulan?... biasa lah soalan pengenalan
Selepas aku menjawap.. timbul lah seterusnya
Tu yang menjadi aku malas nak menjawap soalan..
Bertalu-talu soalan akan ditanya lagi...
Bukan aku sombong tapi jenis malas nak ramah tamah
Sekali minah tu tanya.... keje cikgu ker??????
Grrrrrrrrrr...............




.
.
.


rase nak daftarlah jadi cikgu....





tet..



.

18 August 2011

Penipuan dibulan Mulia....




Hari ni dah buat dosa
Tanpa disedari berada dibulan mulia
Tadi pergi mengepos barang kepada akak TasM aku
Punya lah bagus aku membalutnya
Kertas surat khabar lama jer
Bukan aku kisah hahaha.....

Aku minta plastik dari poslaju
Terasa mahu cantik juga
Mamat tu timbang... berkerut mukanya..
Lalu dia bertanya..." apa dalam ni kak, berat sangat..."
Aku bab nak menjawab soalan ni cukup malas...
Dek kerana malas nak melayan aku menjawap... " barang deko rumah"...
Terus mamat tu diam....

Saje malas nak cakap hal sebenar
Nanti banyak lagi persoalan ditanya...
Malu pula aku nak cakap... acuan tembaga...
Wakakakaka.....

Ahhhhh...
lantak lah yer dak..
tipu olok-olok jer....
hahahhaa...



tet...




p/s : akak aku dah pos acuan pusaka ko nak tu.. ajenye memang berat... esok sampai lah tu..


.

17 August 2011

Teletubbies di Bazar..



Beberapa hari lepas baru berkesempatan pergi ke bazar ramadhan
Entah kenapa tahun ini aku tidak bergitu tertarik mahu kesana
Adakah ini perubahan hormon aku juga tak pasti
Berpusing-pusing melawat gerai belum ada terkena
Perut dah hampir kejang
Berjalan terlalu lama

Tiba-tiba dikejutkan dari belakang
Terkejut mak dek non...... hehehe
Rupanya kawan lama menyapa
Dia sungguh 'chubby' daripada biasa
Aku juga 'chubby' dek kerana dibuat orang... grrrr
Sambil bertanya khabar...

Dia membuat permintaan
Mahu melaga perut dengan aku..
Ushhh...... tengah bazar buat perangai
Orang kata bila berlaga perut
Ambil berkat mahu mengandung seperti aku
Itu orang tua dulu-dulu kata
Sejauh mana keberkesanan aku jua tidak pasti

Aku hanya tersenyum dengan permintaannya itu
Lalu aku berkata...' buat kerja gila ker kat tengah bazar ni....'
...' udah macam teletubbies pula nak laga perut'.. aku menambah
Punyalah dia ketawa besar....
Hey macam-macam ragam kan...
Tet....




.



: )

11 August 2011

Cikgu?????



Alkisah lama mahu cerita tetapi sering terlupa
Aku sering ditanya..
Bila berjumpa dengan orang yang baru aku kenal
Contohnya terjumpa ketika membeli barang
Sambil memilih lalu bertegur sapa
Dan makcik itu bertanya mengajar dimana?
Aku terkejut dan tersenyum
Bukan cikgu ker?... makcik tu bertanya lagi...
Aku hanya senyum dan mengelengkan kepala...

Bila ke pasar besar
Akak yang berniaga disitu dan aku sering membeli dikedainya
Sampai sahaja aku dikedainya..
Beli apa cikgu?... akak tu bertanya
Aku senyum dan memberitahu apa yang aku mahu...

Baru-baru ini disurau...
Selesai solat berjemaah..
Makcik disebelah aku menyapa lalu berkata...
Cikgu ker?
Aku menafikan dan tersenyum lagi...

Persoalannya...
mengapa semua kata aku cikgu...
dicelah mana perwatakan cikgu itu???
kadang-kadang ketawa sorang....




Maniskah cikgu ini???


..
..
..



08 August 2011

Kisah Muka Buku



Malam baru boleh intai muka buka aper cerita
Wah... ramai yang update status mereka
Mengenai BONUS yang baru diumumkan
Eh.... bila diumumkan yer..
Tak sempat tengok berita tadi....

Kemain seronok mereka itu
Dapat bonus setengah bulan jer....
Ada yang mengeluh dan ada yang bersyukur
Mengeluh sebab tak capai target bonus gamaknya
wakakkakaka..........

Aper pun kome sekalian tetap bersyukurlah..
Ada hikmah dapat banyak itu jer...
Jangan terlalu rakus berbelanja
Eh.. aku raya ni ada bonus ker????



.


.


hehehehe...



.

Tetap senyum...

.

Bagai di Seberang....

Sejak program pemutihan PATI dilancarkan
Banyak lah majikan yang gelabah
Berpusu-pusu mendaftarkan pekerja mereka
Kebanyakan pekerja mereka ni tak sah
Ada yang datang secara haram
Ada yang pasport dah tamat tempuh dan macam-macam

Berhampiran tempat aku kerja ni
Memang agensi pekerja asing
Maka mereka ambil tender untuk pendaftaran pati
Sepanjang hari penuh jer indon melepak depan kedai ni
Sepanjang bangunan ni pun penuh dengan mereka
Dah tak rasa macam kat negara sendiri plak

Kadang-kadang aku terkeliru
Aku ni di malaysia ker indonesia...
Hey.. pening-pening..
Sebabnya mereka ni dok bertenggek depan kedai
Pelanggan nak masuk pun susah..
Jenuh dah dihalau...
Bos aku berangin jer....
Hahahaha........




.



Grrrrrrrrrrrr..............



.

06 August 2011

kene ceramah lagi....

Wah hari ini dah 6 ramadhan..
Sekejap jer rasanya....
Tahun ni kali ke 2 aku menyambut ramadhan memBUYUNGs...
hey perosak bahasa pulak aku ni...

Bila kandungan mencecah 28 minggu keatas
Rutin ke klinik semakin kerap..
Dari sebulan sekali sudah berubah 2 minggu sekali..
Minggu depan aku kene ke Klinik...

Aduss... yang merunsingkan kepala adalah...
Kene ceramah sebab berat badan turun...
Setiap kali bulan ramadhan
Memang masalah tiada nafsu makan akan datang..
Berbuka dengan buah kurma, air dan buah-buahan memang dah cukup
Bersahur hanya sesenduk nasi jer yang boleh terima oleh tekak..

Kali ni ke klinik terasa mahu sumbat kapas kat lubang telinga..
Okey tak cadangan tu....


.


.



grrrrrrrr.................. : p


..

02 August 2011

Dah nak membesar...........

Tahun ini si teruna sulung aku tu dah berumur 6 tahun
Mula nak belajar puasa...
Mula nak belajar pergi surau...
Bersahur cukuplah susah nak bangun...

Sampai sekolah ramai kawan-kawan dia berpuasa
Sesiapa yang berpuasa cikgu agihkan jadi satu kumpulan..
Dia suka... aper yang dia suka sangat entahlah...
Tapi sampai jam berapa dia bertahan...
Tak pasti lagi....
Apa pun proses pembelajaran.. aku tidak terlalu paksa...


.


.


.


.


Grrrrrr......


.