03 September 2010

Tensen dikala raya menjelma....

Orang dikala nak tiba hari raya memang seronok. Tapi aku sebaliknya kerana tiap-tiap tahun dikala nak raya jer jantung aku ni macam nak gugur. Sana sini main mercun. Bertambah hangin tu, tidak pulak 'malaun' tu nak main tempat jauh-jauh. Kawasan dekat dengan rumah aku jugak menjadi sasaran.

Ku fikirkan jiran yang selalu main mercun dikala dua hingga tiga pagi tu sudah berpindah, selesailah masalah aku. Rupanya ku sangkakan panas hingga ke petang tiba-tiba hujan pulak ditengahari. Tak aman juga aku tahun ini.

Anak india selang tiga buah rumah pulak buat hal. Main mercun baling kearah berdekatan dengan rumah aku. Makin kuat letupan mercun tu, makin membuak perasaan 'hangin' aku.

Aku sengaja perhatikan 'malaun' tu main. Dia ingat aku suka lah dia main mercun tu. Aku pun buat macam 'call' seseorang... aku cakap macam ni...
"Selamat malam encik, saya nak buat laporan ni dikawasan perumahan saya ni ada yang main mercun dan mengganggu sungguh lah penduduk nak tidur. Harap encik buat rondaan yer. Saya dari taman ******. terima kasih encik"...

Sengaja aku cakap kuat-kuat... dan aku terus masuk dalam rumah....



Beberapa minit kemudian......



Tau pulak senyap .....



Saje jer nak naikkan amarah aku....





Sebenarnya panggilan tu tipu jer.... bukan aku 'call' polis betul-betul... saje jer nak "saiko" malaun tu... mengong tey....


.


.



.



ha... baru boleh tido... Selamat Malam..

.

.

2 comments:

  1. ok. kompom ko mmg adek aku. hahaha...

    weh.. tahun ni raya sekejap je yek..? jumaat. sabtu. ahad. dan isnin (sekolah yeop cuti). selasa dh dia sekolah balik. hishhhhhh... seropa tak payah raya.


    .

    ReplyDelete
  2. huhuhu... of course hehehe...
    ha'ah lah kejap sangatkan zakwan pun sama selasa dah bukak sekolah... tapi jadual raya penuh tau... raya ke3 kite kene pi umah tok su kat ipoh ada kenduri.. pastu mlm tu pulak pi umah tok ndak.. ada kenduri naik buai cucu2.. tok ndak...
    waaaaaaaa..............

    ReplyDelete