08 December 2010

On The Way...

Salam sejahtera diucapkan pada kalian semua. Wah.. permulaan ditahap maut haha... Tadi aku terserempak dengan kawan-kawan abang aku yang sorang ni, agak kerap jugak bertembung lah. Dia adalah kawan kepada abang chik aku. Oleh kerana Abang Chik ni glamour di sekolah, aku jugak turun tak sengaja jadi galamour. Okey sebenarnya dalam keluarga aku ada enam orang adik-beradik. Senang aku buat senarai lah yer...

1. Kakak aku Tas... status : Berkahwin
2. Abang Ngah aku... status : Baru kahwin
3. Abang chik aku ... status : tak kawin-kawin...
4. Aku lah .......... status : Berkahwin
5. Dak ibob ........ status : x kahwin lagi
6. Adik bongsu ...... status : dah main cop-cop...

Bila terserempak jer ngan kawan Abang chik aku ni, mesti dia tanya soalan yang sama dengan aku. Soalan cepu emas yang ditanya " eh, abang chik bila nak kahwin". Dengan selamba aku menjawap ... " on the way lah tu". dia hanya senyum dan dia pesan sampaikan salam.

Kalo tak silap aku, tadi pertemuan aku dengan kawan Abang chik tu kali yang ke 5 dan dia masih bertanya soalan yang sama dan aku memberi jawapan yang sama. Tapi hari ini dia seolah tak boleh terima jawapan ku itu. hahaha... dia bersuara " aik.. asyik on the way jer... bila nak sampai.." aku pula hanya tersenyum hahaha...

Waa... pening aku dengan soalan cepumasnya itu.

.

.

.

3 comments:

  1. kabor... tunggu org masuk minang. hahaha...




    .

    ReplyDelete
  2. wey... aku jumpa blog dila. he he.



    .

    ReplyDelete
  3. kak....

    nak jugak aku cakap cam tu... nanti mamat tu cakap aku kureng ajaq plak hehe

    psstt.. aku pun jumpa gak.. hehe

    ReplyDelete