18 February 2013

Dah melangkau tahun....


Erm.. sudah melangkau tahun
Tapi masih belum ada N3 untuk tahun ini
Hahaha... kusut sungguh perjalanan blog ni...

Awal tahun yang sibuk dengan pembukaan sekolah
Dengan anak-anak murid yang meragam
Wa..... hampir 12 orang menangis serentak
Hari pertama jiwa masih boleh kawal lagi
Bila masuk minggu kedua masih lagi meragam
Terasa cikgu nak 'join' sekali mereka menangis....
Adus... stress sangat sebab tak mampu nak pujuk mereka...
Dalam kepala dah fikir macam-macam...
" ni mau sebulan budak-budak ni meragam macam ni"....

Waaaaa...... harus tingkatkan kesabaran 10 kali ganda
Main pancing-pancing pun tak makan juga...
Almaklumlah kanak-kanak 4 tahun...
Macam-macam perasaan dalam jiwa mereka
Bila kena ditinggalkan oleh ibubapa
Mereka masih belum mengerti barangkali....

Kini bulan kedua mereka disekolah...
Yang meragam hanya berbaki seorang dua sahaja
Syukur sangat....
Alhamdulillah.. semoga diberikan kekuatan dan kesabaran
Untuk terus bersama mereka....

2 comments:

  1. kalau cikgunya yang ikut menangis, sapa nak pujuk pulak? hahaha

    ReplyDelete
  2. saya selalu nak jadi cikgu....tak daya

    ReplyDelete