12 August 2010

Becinta....

Wah... dah macam tajuk lagu pejal taher plak yer...

Ni kisah ragam anak-anak di sekolah tadika. Umur 5 dan 6 tahun dah pandai pilih "bulu". Mereka ni sungguh memahami erti 'cinta'. Menyusun kata-kata cinta dengan baik punya.

Balik sekolah zakwan akan bercerita apa yang terjadi di sekolah. Kisah kawan-kawannya yang ada beli buku 'Ben 10' baru lah dan macam -macam la. Tapi aku terkejut zakwan bercerita yang kawan sekelasnya bercakap mengenai cinta. Bila aku tanya zakwan, faham ker maksud cinta tu? zakwan boleh jawap dengan selamber jer... "cinta tu sayang-sayang lah ibu.. macam ibu dan papa tu sayang-sayang"... waaaaaaaaaa

Zakwan bercerita lagi... kawan abang tu.. si zafran dia cakap cinta-cinta dengan ain.. ish.. ishh.. ish.. budak-budak sekarang ni. Ada pula si guru tu plak bercerita, anak murid dikelasnya bercakap perihal cinta juga. Sehinggakan tempat duduk di dalam kelas pun mahu sebelah-sebelah. Bila dipisahkan, anak murid lelaki ini sehinggakan tidak mahu masuk ke dalam kelas.

Hebat sungguh penangan cinta ni dikalangan kanak-kanak tadika yer..


.


.


.


.

2 comments:

  1. aje benor.... yeop masa darjah satu dulu ada bdk pompuan ni time balik siap pegang tangan dia. dah tu. pandai plak buat baik dgn aku. ha ha.



    .

    ReplyDelete
  2. hebat betoi lah bebudak tu.. memang itu adalah normal ker utk semua budak tadika wkakaa

    ReplyDelete