16 August 2010

Pembantu bilik mayat...

Sabtu lalu. berita tergempar yang pertama kali agaknya terjadi di daerah aku. Mendapat liputan seluruh Semenanjung. Betapa kejamnya seorang suami menetak isteri dan anaknya. Kebetulan aku berada dibilik mayat dengan urusan menuntut jenazah makcik (Wak) suamiku yang terlantar dihospital selama seminggu.

Jam 8.15 malam aku terima panggilan dari bibik yang menjaga Wak di hospital. Seperti aku tahu ada khabar buruk yang akan disampaikan ini kerana lawatan kami yang terakhir pada jam 6.00 petang mengambarkan Wak telah Tenat. Aku dan suami pulang untuk berbuka dan aku dapat rasakan Wak akan pergi mengadap yang Maha Esa dalam masa terdekat. Benar ia berlaku. Selesai berbuka aku bergegas ke hospital semula untuk menuntut jenazahnya. Ini kerana Wak tidak berkahwin dan tiada waris.

Setelah hampir satu jam menunggu jenazah untuk dibawa ke bilik mayat, aku bertanya pada jururawat mengapa begitu lama untuk dibawa ke bilik mayat. Jururawat mengatakan terdapat kes bunuh di teluk intan yang mahu di 'post mortem' dan harus diuruskan terlebih dahulu. Wah dahsyat tu.... ini lah masa aku nak intai mayat bunuh tu haha...

Sampai dibilik mayat baru aku dapat tahu mengenai kes bunuh tersebut. Rupanya orang melayu, ku fikirkan india ker.. mereka yang suka tetak menetak ni. Aku mengambil kesempatan lah melihat ketika mereka memandikan jenazah si isteri. Memang tidak dinafikan kecederaannya sungguh parah. Hampir seluruh badah penuh dengan kelaran.

Ibu mertuaku menegur 'beraninya kamu tengok' dan aku hanya tersenyum. Kalau nak tahu aku memang teruja nak tengok mayat macam tu, mayat kemalangan ker aku memang berani.
Sambil menunggu ketibaan van jenazah aku mengomel dengan hubby ku. Aku bertanya " bang, universiti mane ader buat kos pembantu bilik mayat yer? rasa nak 'apply' plak. Wakakka... hubby ku punya lah gelak ......

.

.

.

2 comments:

  1. appy tu bahasa jawa peringkat ke berapa tu teh...?

    hehehe....

    :p



    .

    ReplyDelete
  2. wa... peringkat teratas tu... hehehe
    salah taip kak..
    pembetulan hehehe....

    ReplyDelete