27 October 2010

Menu Mamak....

Selepas sekeluarga demam dan masalah yang timbul adalah hilang selera makan. Jika aku dan suami hilang selera makan, jiwa aku tak berapa nak serabut sangat. Tapi bila anak-anak aku hilang selera makan, aku runsing dan buntu kerana mereka tak mahu makan langsung. Hanya minum air sahaja.

Mula lah aku memikat selera mereka untuk makan. Makanan yang aku tak galakkan pun mula jadi bahan promosi aku. Di tanya makan McD.. tak nak.. KFC.. juga tak nak. Semua makan kegemaran meraka tak nak.

Naik meroyan lah bila mereka tak nak makan. Aku mula memancing dengan 'MAGGI' ... ya.. memang tak elok untuk kanak-kanak tapi kerana untuk mewujudkan selera makan.. akhirnya aku akur. Dan aku berjaya membuka selera makannya walaupun sedikit.

Hari ini anak aku Zakwan meminta nak makan kat kedai Mamak. Dia nak makan ayam goreng berempah dengan kari ikan. Wah.. wah... tak kisah lah janji mahu makan. Yang tak sanggupnya... 'ibu.. sok pagi pi sekolah abang nak bawak bekal nasi macam tadi yer.. sedap lah abang suka' kata zakwan.

Sudah mane aku nak cari kari ikan pepagi hari ni.... alahai anak...

.


.

No comments:

Post a Comment