27 October 2010

Teka- tekuk....

Setelah selesai segala kesibukan yang melanda, aku sekeluarga tumbang dilanda virus demam yang amat hebat. Tak pernah kami dilanda demam secara serentak. Mungkin kerana terlalu penat dan perubahan cuaca yang mendadak.

Eh... yer ker tapi ada sorang makcik tu cakap demam sebab lain. Adakah tanda-tanda aku nak mengandung lagi hehe.. tapi bila dipikir balik tak kan sampai anak-anak aku pun kene tempiasnya. Kalau suami aku.. tu adatlah. Aku yang mengandung, dia yang muntah-muntah hahaha... hebat tak... ushhh... bukan.. tekaan makcik tu tak berapa nak tepat.

Dan ada makcik tu cakap, lepas kenduri ni nanti ada bende yang tak elok jadi ni. Kome hati-hati lah yer. Main teka-teki plak makcik ni. Kalo rasa nak cakap bagitau lah, kiasan plak. Aku ni tak reti nak nak main teka-tekuk.

Kebetulan plak memang lepas kenduri perkahwinan abang aku, kami demam sekeluarga dan disusuli beberapa kejadian susulan berlaku. Macam gempa bumi pulak yer... ada gegaran susulan.

Sebenarnya apa yang berlaku hanyalah kebetulan dan suratan. Jadi kami redha dengan ketentuan-Nya.


.


.

No comments:

Post a Comment