09 February 2011

Dayung....mendayung...

3 minggu lalu...

Sejak dah ada aktiviti baru, lepas balik 'joging' di petang hari, aku akan balik terus kerumah. Kebetulan pula hari Sabtu ada pasar malam. Aku pun serbu sebab dah penat joging malas nak masak haha.. ala sehari jer cuti dok dapur kan..

Sambung balik cerita, sambil menjelajah di pasar malam, terjumpa seorang kurang upaya. Keadaan dia agak daif juga, rasanya dia tak boleh berjalan kerana nampak dia duduk diatas 'sketboard' dan ada tapis didepannya untuk orang ramai meletakkan wang.

Aku memang tak meletakkan wang kerana aku was-was. Maka ia akan jadi tidak ikhlas.



Minggu lepas...

Selepas hadiri majlis perkahwinan seorang sabahat 'en husband', aku rancang nak bawak anak-anak pegi Teluk Batik. Pegi terjun laut. Dan selesai terjun laut, kami menyinggah ke pasar malam di Gaint Manjung.

Sambil menjelajah aku ternampak pakcik kurang upaya yang berada di pasar malam Teluk Intan. Kaget juga bagaimana boleh sampai ke Manjung ni. Adakah dia mendayung 'sketboard' nya sampai ke Manjung?

mula lah aku berfikir...

.

.

.

Naik bas gamaknya... tapi macam mana dia nak naik tangga bas??

.

.


Sindiket ker???

.

.

No comments:

Post a Comment