02 October 2010

Jangan tiru....

Masih bercerita tentang kedatangan aku dan keluarga ke Melaka. Aktiviti masih di Zoo Melaka. Selepas beli tiket, aku dan anak-anak pun masuk ke dalam Zoo. Ada seorang Pakcik jaga tu bagi tau mengenai aktiviti atau sebarang pertunjukan yang akan berlangsung.

Anak-anak aku punya lah suka nak tengok pertunjukan gajah seperti dinyatakan oleh Petugas Zoo. Lepas jer naik Trem segala, kami dibawa perlahan-lahan ke kawasan haiwan-haiwan yang berada dalam zoo tersebut.

Pusing punya pusing dah nak sampai ke penghujung zoo. Pemandu Trem pun berhentikan kenderaan tadi ke kawasan pertunjukan gajah. Dengarlah bebel bapak gajah dan tengok lah gelagat anak gajah tu. Kerana terlalu teruja nak tengok gajah, anak-anak aku tak duduk di kawasan yang disediakan. Mereka melekap kat pagar. Nak tengok lebih jelas konon. Aku dan suami duduk di tempat duduk yang disediakan.

Lepas itu aku tengok anak gajah tu makin lama maju kehadapan. Dalam hati aku terdetik, ntah-ntah nak sembur air. Selepas bapak gajah itu umumkan acara dah tamat dan acara terakhir adalah...????? Kome rase aper anak gajah tu nak buat???.... aku pun dan suami terus melarikan diri dari tempat duduk tu untuk menyelamatkan diri dari disembur air oleh anak-anak gajah tu tanpa membawa anak-anak kami. Dahsyat betul aku dan suami, nak selamatkan diri masing-masing sampai lupa pada anak-anak.. hahahhaa...

Maka kesimpulannya jangan lah tiru cara aku... hahaha....ingatlah anak-anak anda dalam apa pun situasi ....




.
.
.

3 comments:

  1. aku tu hari lagi dasyat. aku lari sensorang. tak ingat laki. tak ingat anak. abg ko basah. yeop basah. org lain pun basah.

    aku sensorg je selamat.

    ha ha.


    .

    ReplyDelete
  2. lawak la weh...
    patut awal2 tu dah sediakan baju hujan dgn gogle sekali..:P

    ReplyDelete
  3. hahahaha!!!!!
    tak senonoh!!!!!!!!!

    ReplyDelete