Setelah hari-hari mengulang ke klinik
Kerana nak
check tahap kuning cik gadis ku itu
Semalam hari ke 16 bacaannya adalah 10.6
Mengikut prosedur kuning berpanjangan
Kene
refer ke Pakar Kanak-kanak
Macam-macam hal sekarang ni kan....
Tak kira golongan darah ibu
Bayi baru lahir semua akan diserang demam kuning
Pagi tadi pergi ke Pakar Kanak-kanak
Setelah diperiksa semua bahagian badan bayi
Kena ambil
sample darah dan air kencing bayi
Apa ambil air kencing?
Aku berfikir macam mana gayanya..
Adakah seperti orang dewasa dipaksa kencing
Seperti kisah Kakak ku di
TasekM hahaha
Agak teruja aku nak tengok...
Setelah dibuka diaper
Nasuha dibawa ke singki dan cuci aper yang patut
Kemudian disuruhnya kencing... sshhhhhh.... sshhhhh....
Ditiup-tiup pada kemaluannya.... sshhhhh sshhhhh kata
nurse tu
Boleh pula budak ni kencing... hahaha
Bila dah kencing cepat-cepat nurse tu tadah air kencing tersebut
Dan masukkan dalam botol yang disediakan
Punyalah senang.... berapa lama agaknya
nurse tu praktis yer..
Macam ni punya cara pun boleh digunakan yer
Aduss.. macam-macam hal kan.... ketawa aku tau
Kakak ku Tas.. apa kata kamu menggunakan kaedah itu
Mana tahukan kene dipaksa kencing lagi...
Grrrr......
tet...
.