17 August 2011

Teletubbies di Bazar..



Beberapa hari lepas baru berkesempatan pergi ke bazar ramadhan
Entah kenapa tahun ini aku tidak bergitu tertarik mahu kesana
Adakah ini perubahan hormon aku juga tak pasti
Berpusing-pusing melawat gerai belum ada terkena
Perut dah hampir kejang
Berjalan terlalu lama

Tiba-tiba dikejutkan dari belakang
Terkejut mak dek non...... hehehe
Rupanya kawan lama menyapa
Dia sungguh 'chubby' daripada biasa
Aku juga 'chubby' dek kerana dibuat orang... grrrr
Sambil bertanya khabar...

Dia membuat permintaan
Mahu melaga perut dengan aku..
Ushhh...... tengah bazar buat perangai
Orang kata bila berlaga perut
Ambil berkat mahu mengandung seperti aku
Itu orang tua dulu-dulu kata
Sejauh mana keberkesanan aku jua tidak pasti

Aku hanya tersenyum dengan permintaannya itu
Lalu aku berkata...' buat kerja gila ker kat tengah bazar ni....'
...' udah macam teletubbies pula nak laga perut'.. aku menambah
Punyalah dia ketawa besar....
Hey macam-macam ragam kan...
Tet....




.



: )

6 comments:

  1. arwah opah lagi la.
    kata dia.
    kamu ni asik bg kucen makan. kucen tu beranak. kamu tak mau pulak beranak2...

    dia ingat aku projek dgn kucen gamaknya...

    :p


    .

    ReplyDelete
  2. aku agak aku pernah terlaga perut dengan pompuan ngandung dulu kut...

    tu yang perut kembong tak surut-surut nih...

    dah tu tak de lubang nak beranak...

    ReplyDelete
  3. kakaka...

    komen nizam aku tak tahan.


    .

    ReplyDelete
  4. Dak akak..

    wakakaka... mane tau kan berbakti pada kucen..
    sok kucen tu doakan kamu byk ank cam mak kucen..
    hahahaha....


    AKU..

    amboi.. kembong tak surut yer..
    tu busung ker hape...
    zaman sekarang ikut tingkap pn boleh keluo..
    potong aje..
    wakakkaka

    ReplyDelete
  5. Potong?????????





    sampai ati ko, dik!

    Merana kakak kat sini taw.....

    ReplyDelete
  6. bukan potong tak situ yeoppppppppp....



    .

    ReplyDelete