10 July 2010

Kasih guru hingga terterap...

Wah tajuk entry ku kali ni semacam jer bunyi nya....

Kisah berlaku di Tadika tempat danish menuntut ilmu. Seorang murid perempuan, satu kelas ngan danish telah menunjukkan kepintarannya dan mampu menipu cikgu disekolahnya. Kurang asam budak tu bab nak menipu tak payah sekolah secara automatik terus jadi pandai.

Semasa menghantar danish ke dalam kelas, aku dan budak tu sampai serentak ke dalam kelas. danish telah ku arahankan untuk tapak perhimpunan dan aku sendiri menghantar beg dan bekalannya. Aku lihat budak perempuan tu seperti tak keruan, mencari akal untuk lakukan sesuatu. Aku hanya perhatikan gerak-geri nya. Dan aku jugak telah mengarahkan dia ke tapak perhimpunan. Dan budak tu menurut perintahku.

Sampai di tapak perhimpunan aku masih mahu memerhatikan budak itu. Budak itu telah memberitahu pada cikgu disitu untuk pergi ke tandas. Dan mata aku masih nak tengok dia, langkahnya betul kearah tandas. Tiba-tiba aku lihat budak tu dah tak der. Hatiku terdetik kemana budak tu pergi. Tiba-tiba terdengar seperti bunyi rempuhan.. Hati ku berkata " entah-entah budak tu dah kene rempuh kereta ni" dan terus terdengar bunyi jeritan.

Aku pun segara pergi kearah pagar dan lihat guru yang bertugas menjaga pagar sekolah dah terterap dan budak itu telah didakap oleh kawanku. Rupanya kehilangan budak itu dari pandangan aku, dia pergi kearah bilik guru dan menyorok ditepi..agak-agak "line clear" budak tu meluru kearah pagar utk melarikan diri dari sekolah. Guru bertugas cuba menarik tangan budak tu tapi tak berjaya dan menyebabkan guru tu terterap. Luka usah dikenanglah apabila jatuh dia jalan 'tar".

Kecoh lah sekolah dengan sikap budak itu. Budak tu dibawa ke bilik guru dan guru yang luka tadi telah dibawa ke klinik.
.
.

No comments:

Post a Comment